Ditujukan khas buat anak2 didikku dan seluruh calon SPM seluruh negara.
Salam Jumaat.
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM. Buat anak-anak (atau lebih layak; adik2 pelajar) sekalian.
Doa saya agar anda semua dapat dan telah menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul.
Rasanya tahun ini adalah tahun yang paling mencabar buat calon SPM bahagian Pantai Timur. Menghadapi SPM dalam musim hujan dan banjir tentunya akan lebih menguji ketabahan dan kekentalan hati para calon.
Mahmudiah ditenggelami air lagi. tengkujuh tahun ini begitu hebat. Biasanya hanya sekali sahaja banjir, tapi kali ini banjir berterusan buat kali ke tiga.
sebenarnya, kali terakhir banjir adalah di awal tahun 2006 yang lalu. Tapi waktu itu tidaklah seteruk kali ini. Waktu itu exam SPM sudah selesai.
Kali ini, banjir melanda tatkala para pelajar masih lagi menetap di hostel dan sedang menjalani SPM. Bayangkan betapa kesiannya mereka terpaksa berkemas dan menumpang di sekolah berhampiran sementara menunggu air surut. Berangkut menaiki bot bomba untuk ke dewan peperiksaan, sungguh mengharukan
Persoalannya, mengapa banjir begitu teruk tahun ini?
Pandangan saya mudah sahaja. Selain daripada perubahan cuaca yang tidak menentu diseluruh dunia (taufan, tsunami dan gempa yang melanda secara beterusan di beberapa tempat di seluruh dunia), Terengganu sedang melalui proses pembangunan. Kalau di Kuala Berang, perojek lebuh raya sedang rancak berjalan. Jalan dikorek dan disodok dan ditimbun, paya ditimbus, kesannya ialah apabila hujan lebat yang turun dengan kerap. Kuantiti air yang banyak tetapi tiada tempat untuk dituju. Akibatnya: Banjir.
Semalam sewaktu menelefon beberapa pelajar bertanyakan khabar, mereka memberitahu yang mereka baik-baik sahaja. Cumanya tidak berapa selesa kerana menumpang. Betullah tu, sepatutunya diwaktu peperiksan sebegini, mereka seharusnya dalam keadaan tenang dan selesa untuk mengulagkaji pelajaran di saat2 akhir ini.
Saya mendoakan agar kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM tahun ini. Jadikan kekurangan itu sebagai satu cabaran untuk lebih berusaha. Insya Allah, kejayan milik anda.
Gambatte kudasai!
seorang cikgu yang prihatin...tahniah!!! semoga dapat menjadi warga pendidik yang cemerlang sampai ke akhirnya...
ReplyDeleteInsyaAllah...berkat doa semua...tq tq
ReplyDelete