Saturday, December 31, 2011

Kuking kuking part 1-Assyura

Hai, hari ni mcm awal je bukak laptop ni. hehe. Azam akhir tahun. hm.. azam tahun 2012, nanti2 la, malam ni baru nak fikir..' ada ke, igt mcm shopping brg kat Giant ke?' kataku kepada diriku sendiri. Ah sudah, ini bukan pasal azam tahun baru, bukan jugak pasal bengkel welding Azam Dungun, ini pasal kuking2 ye.. sila ikut tajuk di atas.

kuking kuking hari ini adalah pasal asyura ataupun dalam bahasa perancisnya adalah SURE. Sure ni cara sebut dia adalah '
su' 're=rendam'. mcm kamu sebut rendam baju dlm baldi tu la.. clear?.

Sure kat Terengganu ni lebih kurang sama dgn sure kat Kelantan, cuma skala kemanisan je yg berbeza. Selain daripada itu, mmg totally lain. Aku pnh mkn sure kat KL, Penang @ belah2 Utara, Johor, dan beberapa negeri lagi, mmg cara buat dan rasa sure ni tak sama. Depa semua ni tak guna rempah agknye kot noh? kalo kat sini kami ada rempah Assyura. Serbuk. Warna dia mcm koko hitam pekat gitu. Bau dia... pehhhh kecur liur.. ah ckp bnyk tak guna.. tgk je la gambar2 kat bwh nu...sng citer.

OPERASI KACAU SURE

vocab: kacau = stir/godek


ini adalah bahan2nya. bwg putih, halia, lengkuas amik jusnya saje. kacang tanah tu aksesori tambahan time dh agak2 nk angkat karang.


**semua kecuali kacang dh di blend. aksesori lain ade lagi, mcm ubi keledek, ayam, daging, ikut kome la nk taruk apa, jgn campak kayu dan batu udahle...



seperti biasa sure dikacau dlm kawah. sbb ini mknn sekali setahun shj, jadi mesti buat bnyk2, bagi sama jiran2 jugak. sama adik beradik jugak. barulah makanan diberkati..ke guane geng?renung2kan dan selamat beramal...[err..ini slot ustazah pilihan kah?]
ala sama mcm korang bakar lemang la kan, ade ke org buat lemang dua batang je? ada? tak berbaloi...

**ini stage awl, beras+kacang hijau. kacau.




inilah dia model pengacau sure of the year! Tahniah si baju kuning kerana begitu gigih memastikan sure tidak berkerak di dasar kawah...:p



**stage ni dah masukkan santan. kacau lagi!











inilah rempah assyura seperti yg telah digembar- gemburkan itu..

**maaf sbb xsmpat nk snap pic masa rempah tu dlm paket. yg ini tlh digaul dgn bwg merah..








beginilah rupanya bila rempah dh dimasukkan...
maaf tidak dapat menyertakan bau pada ruangan ini..hehehe..








oh.. sorang lagi hero sure kita memunculkan dirinya...
kacau jgn tak kacau...

**biasa masak tgh laman, open air, kayu api. tp cuaca Muharram kali ini tdk mengizinkan, makanya buat kat bwh bumbung, atas simen, dapur gas kenduri.





setelah 4 jam [4ptg - 8mlm] atas dapur, akhirnya sure itu pun masak.. dan diletakkan di dlm talam, besen, bekas2 lain yg munasabah utk tujuan penyejukan dan penyimpanan dan pembahagian pada esok hari..

bila dah sejuk jadi mcm ni...


ini?
ini adalah belen untuk kami, generasi X dan Generasi Y yang mengacau sure tadi.
sudu-sudu direct dari kawah panas2 sambil borak2...hahaha... tak senonossss!
pape pun gathering sure yg sgt best!!!

***till we meet again Muharram 1434H ye cik sure... InsyaAllah jika dipjgkan umur olehNya..amin.






No comments:

Post a Comment