Friday, December 2, 2011

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Semua manusia akan kembali kepada fitrah. Tidak dpt tidak, akhirnya kita pasti akan mengakui bahawa kita semua adalah hasil belas ihsan dari Tuhan yang Maha Pencipta. Tuhan yang Khaliq..

Dengan ihsanNya kita terpilih untuk melihat dunia, dengan kasihNya kita mampu meneruskan kelangsungan hidup dan dengan sayangNya kita terpilih menjadi umat kekasihNya.
. Alhamdulillah...

Alhamdulillah..

Segala puji bagi Allah... dan segala puji pujian itu hanya layak kembali kepada Allah.

Alhamdulillah...
perkataan yang menunjukkan sifat kehambaan hamba kepada penciptaNya yang Maha Agung..

Alhamdulillah..
Perkataan yang menunjukkan kesyukuran hamba terhadap penciptaNya yang Al Razzaaq, Maha Pemberi Rezeki..

Alhamdulillah..
semoga kita sentiasa igt utk merendahkan dahi ke tikar sejadah. Bersolat itu tanda syukur.

Dan bersyukurlah kerana kita masih mampu untuk bersyukur.

**takziah buat keluarga allahyarham , Cikgu Aziz di atas pemergian beliau ahad yg lalu. Truly his death reminds me of something that we always take for granted: Sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.

No comments:

Post a Comment