Monday, December 12, 2011

yg penting kita happy!

Hari ni cuaca tak berapa baik. Hujan turun sekejap sekejap dan langit mendung semacam je. Nak sidai kain kt ampaian pun mcm kne fikir 2 3 x. Akhirnya tak sidai pun. Kain lembap mmg berlambk kat dalam bakul. maklumle, kat rumah Tok skrg ni mcm taman asuhan kanak-kanak [anak2 abg yg dari sarawak ada pulang dari hari khamis minggu lepas]. Budak2 kecik berlari-larian, riuh rendah. Budak2 ni suka tukar2 baju. Cepat benor kotor baju depa ni noh. Lepas mandi je tukar baju baru. Asal mandi je tukar baju baru. Maunye tak menimbun baju dlm mesin basuh tu.

Cuaca mcm ni perut pun mcm cepat jadik lapar. Sekejap je rsnya baru mkn tgh hari [tadi la..] pastu rasa cam lapar balik. haih! rasanya mcm dh baca bismillah tadi sblm makan. Budak2 tu lagi la, sekejap2 buka tudung saji, sekejap2 buka tabung biskut. Teko teh dan milo serta jug air panas kat rumah Tok memang sedang bekerja keras cuti kali ini. haha..

jadi petang tadi, dalam hujan renyai2 itu, ketika anak2 kecik itu sibuk bermain bola sepak dalam hujan, tercipta la sejenis lagi mknn buat santapan perut yg lapar... :=)

Apa agak2nya ye...??










Tarra.... sudah siap..!! Cek Mek Molek..!

Estimation cooking time [utk satu batalion askar2 16 org(70 bijik)] : 25 minit utk rebus ubi + 15 minit utk lecek ubi dan uli gandum + 20 minit utk bentuk kecik2 tu + goreng.
Estimation eating time: xdan nak kira sbb berdesup terus habis! hahahha...


**Tokki n Tok tersenyum bahagia melihat anak2 cucu2 gembira dan ceria...

No comments:

Post a Comment