Wednesday, December 14, 2011

.::..Sunyi..::.

Arini bangun pagi rasa lain macam.

"eik, bakpe macam sunyi jek?"

Biasa waktu pagi adalah waktu paling aktif.

Bunyi ketuk pintu bilik kejutkan bangun subuh...
Bunyi Oasis/ Ceria ...
Bunyi cerek air menggelegak atas dapur...
Bunyi suara ayah baca Quran kat bilik solat...
Bunyi deru air kat bilik air...

Pagi ni hanya dengar suara ayah mengaji je..
Mana yang lain lain?
???
....
....
Owh... otak yang blurr pagi pagi ni mmg lambat pick up
Duduk termenung jap.. baru teringat,
Arini keriuhan semalam sudah tiada.
Semua sudah balik Penang...
Patutla...

Aku bangun, capai tuala
Lalu ruang tamu yg sunyi
Tak dak ucapan selamat pagi
dari anak2 sedara yg biasa duk dpn tv
bilik air pun tak perlu amik giliran lagi.

....
...
..
.
.Sunyi.



^^Mak buat 6 ekor sahaja ketupat sotong hari ni.

No comments:

Post a Comment