Thursday, March 21, 2013

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W dan kehidupan kita


1. Barli – Bagus untuk mengurangkan demam dan dibuat sup/bubur.

2. Kurma – Nabi S.A.W berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan
*aku pernah try makan 3 biji kurma dan minum segelas susu pada waktu sahur. boleh bertahan sampai waktu berbuka.. alhamdulillah...

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
* di rumah saya ada sepohon pokok tin yang sangat besar dan rendang. buahnya selalu menjadi makanan burung2 dan kambing2 peliharaan ayah. ketika ranum,rasa buahya manis dan sejuk. best!

4. Anggur – Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
* elakkan mengambil madu dalam jangka masa empat jam selepas mengambil ubat.

6. Tembikai (Segala Jenis) – kaya dgn vitamin A dan C. 
* seorang pakar kaunseling pernah memberitahu cara alternatif untuk merawat batu karang dalam pundi kencing adalah makan sebiji tembikai bersama air kelapa.
*madu dan tembikai walaubagaimanpun tidak boleh diambil serentak kerana tindakbalas kedua-dua makan ini boleh memberi kesan negatif pada tubuh

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
*dikatakan susu kambing lebih baik berbanding susu lembu dari segi komposisi nutrien dan zat yang sesuai untuk tubuh manusia.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
*entah macamana makan cendawan butang dalam tin sentiasa membuatkan saya senak kepala.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
*minyak zaitun extra virgin adalah minyak yang paling kurang pemprosesannya, oleh itu paling murni kualitinya.
#harga minyak ini di Malaysia agak mahal.. huhu.. sangat jeles bila tengok harga di Timur Tengah..

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
*menurut mak aku, kulit delima baik untuk menghilangkan sakit perut dengan minum air rebusannya.

11. Air – Minuman terbaik. 
*adab ketika minum air pun harus dijaga bagi menjamin kesihatan kita.

12. cuka (khal) Dari Ummi Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda: " Sebaik2 hidangan ialah khal. Ya Allah brkatilah pada khal. Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal." (hadis riwayat muslim) .
*mesti berhati2 ketika memilih khal kerana sekarang ni cuka kebanyakannya adalah sintetik..

13- labu - Dalam sebuah Hadits disebutkan bahwa seorang penjahit mengundang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menghadiri suatu jamuan makan. Kata Anas, “Aku berangkat bersama Rasulullah menghadiri jamuan makan tersebut. Kepada Rasulullah tuan rumah menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi labu dan dendeng. Aku melihat Rasulullah mencari labu dari seputar mangkuk kuah itu.’” (Riwayat Muslim)

ada banyak lagi makan kegemaran baginda yang lain, trmasuklah daging dan sebagainya.



terdapat beberapa jenis makanan yang digalakkan untuk dihindari seperti organ dalaman binatang dan makanan yang pasti boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita.
namun sifat baginda rasul SAW ini sangat terpuji kerana jika baginda tidak menyukai makanan/minuman tersebut, baginda tidaklah mengutuk makanan itu, sebaliknya hanya mendiamkan diri dan tidak menyentuhnya. 
Ternyata junjungan Nabi SAW mempunyai perkerti yang halus lagi tinggi.

makanan membentuk peribadi.
 
Allahumma Solli 'Ala Muhammad!

Tuesday, March 19, 2013

leceh

konnichiwa

semalam aku pergi melawat tukang kasut. bukan sebab tukang kasut itu saudara sebelah ibu aku atau bapa aku, tapi sebab kasut aku sudah tertanggal tapaknya.
kedai abang tukang kasut tu agak besar (ye, abang tu ada kedai baiki kasut...). terkagum jugak la aku. sebab biasanya tukang kasut ni ambik port kat kaki lima je.
jadi sambil menunggu, kami pun berborak-borakla, menurutnya dia dah hampir setahun buka kedai tu, ada masalah bila nak kembangkan kerana tiada pekerja.
bukan kerana dia tidak melatih, tetapi orang yang dilatihnya itu tidak berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai tukang kasut. entahla mungkin kerjaya itu tidak sepopular kerjaya lain yang duduk atas kerusi empuk dalam bilik berpenghawa dingin kot.. sudahnya daripada tiga orang, tinggal la abg tu sorang-sorang mengusahakan kedai baiki kasut itu.
sedang kami berborak, ensetnya terima satu mesej. tangannya yang sedari tadi lincah menjahit tapak kasut terhenti seketika membelek pesanan dalam ensetnya.

"Cit! tadi kan dah bagitau." decitnya tiba-tiba.

aku malas nak bertanya. sebab rasa dia mmg akan bercerita.. hehe

"kenapa ye perempuan suka ulang-ulang benda yang sama?" heh.. ayat pembuka cerita tu kan...

"hah?" aku tidak mendengar soalan tu, cuma aku tak paham apa benda yang abg tu mksudkan yang sama perempuan suka ulang-ulang tu.

"ye la, perempuan ni kenapa apabila suruh buat sesuatu suka ulang-lang arahan dua tiga kali?" ayat pernyataan dan ayat tanya serentak.

"ooo.."

"tu sebab takut nanti abg lu..." belum sempat aku bagi jawapan abg tukang kasut dah potong.

"dia suruh beli minyak motor, motor dah bawak, tunggu je la". aku agak dia yang dimaksudkan tu mungkin isteri dia, tak pun anak perempuan dia, tak pun gefren dia, tak pun sape2 je la. tapi yang pasti perempuan la.

"lelaki ni kan, tau tak apa yang dia tak suka?" soalan kuiz untuk aku kah?

aku angkat kening je la... mana la aku nak tau lelaki suka atau tak suka apa kan...

"lelaki ni, paalingg tak suka kerja yang leceh. Susah tak apa, berat tak apa, tapi jangan remeh."

"ooo.. "

"tapi kalau perkara leceh tu terpaksa dibuat nak buat macamana..." kataku. tapi hanya dalam hati je la.. heheehe..

"ok, dah siap!" katanya setelah hampir setengah jam melorek, menjahit, menampal dan mem'polish' kasut HP ku.

aku bingkas bangun, keluarkan RM10. kasut dan duit bertukar tangan.

sambil berjalan ke kereta, aku sekali lagi menoleh pada kedai kasut itu, sambil dalam hati berfikir.. "kerja baiki kasut ni tak leceh kah?"

Monday, March 18, 2013

lelaki vs perempuan

ohayou gozaimasu...

Sudah dua hujung minggu aku commute antara Melaka - Shah Alam. Shah Alam - Melaka. dan sudah dua hujung minggu juga aku commute antara Shah Alam - KL. KL- Shah ALam. Bukan senang oo nak keluar pagi2 disaat orang lain masih menyepi dalam rumah... tapi, tak apa la, Gambarimashita!

Biasalah, commute antara Melaka dan Shah Alam, kena la guna hi way ye dok? aku biasanya lebih selesa duduk di lane tengah. sbb lane kiri biasanya bnyk lori dan kenderaan besar. lane kanan pulak bnyk kenderan yang laju-laju. jadi sambil memandu aku perhatikan jugak cara orang lain memandu dan siap yang memandu. dari pemerhatian aku:
kalau yang memandu tu laju semacam, lepastu agresif bila nak potong atau tukar lane, itu biasanya perempuan (agaknya mereka fikir, asal naik hi way je kene bawak kereta laju laju kot.. hehehe). 
kalau yang memandu tu laju, lepastu main ikut suka diaje nak himpit-himpit, itu biasanya lelaki (kalau dah tau bawak lebih dari 110 km tu sila guna lane kanan sekali ye encik...!)

tapi tak semua lelaki dan perempuan memandu seperti yang tersebut di atas.. ada juga yang aku jumpa bawak kereta steady je,kalau rasa harus memotong barulah ditingkatkan kelajuan kenderaan. aku suka cara macamtu, tak ada la tergopoh gapah. macam comel je kan.. hihi.

tapi macamana pulak cara aku memandu ye? harap-harap tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain dan sentiasa selamat sampai ke destinasi yang dituju.. amin.

seorang kawan telah post kan artikel di bwh di laman sosialnya. and i paste it here.. happy reading..:-)

Pak Utih | Lelaki Tak Faham Bahasa Perempuan

Lelaki tak faham bahasa perempuan. Memang benar sebab lelaki guna software lain untuk mentafsirkan ungkapan dan wanita pula menggunakan software lain menghantar bahasa.

Contoh, wanita menggunakan Word menghantar mesej kepada lelaki dan lelaki pula menggunakan PowerPoint menerima mesej itu. Lelaki akan copy dan paste Word dalam slides PowerPointnya. Oleh itu, kalau dia silap paste, pastinya makna dan tujuannya lari dari asal.

Kedua, otak lelaki ini analoginya seperti 'berkotak-kotak'. Kalau dia cakap satu perkara, dia menggunakan satu kotak yang di dalam kotak itu hanya ada satu isu atau tajuk itu sahaja. Berlainan dengan otak perempuan yang macam laksa, berjela-jela dan berkait-kait antara satu dengan yang lain.

Oleh itu, kalau nak cakap dengan lelaki, mesti beritahu awal-awal tajuk apa nak cakap supaya dia boleh mempersiapkan idea ataupun kotak apa yang dia akan pakai. Seperti contoh dalam situasi anda (perempuan) meminta dia untuk membelikan ais krim. Dalam situasi ini, lelaki biasanya memerlukan soalan yang 'direct'. Akhirnya, mengapa dia respon kepada "aihhh dia ni nak habiskan duit aku la tuuu" sebab mungkin semasa anda nak ais krim itu, otak dia sedang menggunakan kotak duit, jadi dia teruslah respon pasal duit dia. Oleh itu, tenang sahaja dan terangkan kepada dia, yang anda hanya nak makan ais krim. Supaya dia sedar dan terus tukar kotak otaknya."

Untuk makluman anda, kebanyakan lelaki pulang ke rumah, semua otaknya dia OFF-kan melainkan otak kotak MAKAN - MAIN - TIDUR. Oleh itu, jika nak minta dia tolong bantu kerja rumah atau nak sembang-sembang, maka anda hendaklah 'alert' dia dulu dengan menyatakan kehendak pertolongan itu dan 'relax' dan sabar dan biarkan dia yang menentukan masa bila dia nak tolong, sama ada selepas MAKAN atau selepas MAIN atau sebelum TIDUR. Puji jika dia dan buat kerja itu dan terus kasi hadiah.

Thursday, March 14, 2013

hal kepenggunaan

Assalamualaikum



Berkesempatan ke sini semalam.
Terletak di tingkat 6 Wisma Persekutuan. Kami disambut oleh pn. Mages yang membawa kami terus ke pejabat KPDNKK. Selepas sarapan kami terus masuk ke dalam mahkamah ini. Ada satu ruang disediakan untuk pemerhati Tapi sebab jumlah kami semua 40 orang, maka aku dan  kak Mariam duduk di kerusi pihak penuntut. sebelah kiri tu adalah untuk pihak penentang (w/pun penentang amat jarang kelihatan di sini).
Difahamkan semalam ada 20 kes akan didengari oleh tuan presiden (lebih kurang mcm tuan hakim)
pukul 9.30 pagi ruang kerusi yang kosong itu mula dipenuhi orang ramai dari pelbagai bangsa, agama, warna kulit dan keturunan.
seorang wanita awal 40-an duduk di kerusi sebelah kanan aku. beliau datang untuk membuat tuntutan ke atas wang deposit yang dibayar kepada seorang kontraktor yang tidak menepati janjinya.
semua kerja dilakukan secara manual dan agak mengambil masa, sehingga aku rasa macam nak tertidur..hehe.
kebanyakan kes yang sempat aku dengar pada hari itu adalah melibatkan kes terpedaya dengan sales person ataupun terpedaya dengan orang yang kelihatan seperti boleh dipercayai (if u know what i mean).
dan hanya satu kes sahaja yang di 'awardkan' oleh tuan presiden untuk mendapat bayaran penuh atas kerugian yang ditanggung (i.e: mendapat semula jumlah duit yang dibayar kepada pihak penentang).
kes-kes seterusnya tidak dapat diteruskan kerana satu proses/syarat utama tidak dipenuhi iaitu; 

tiada borang akuan penerimaan (AR registered post) daripada pihak penentang.

oleh kerana TTPM ini adalah tribunal yang mahu menuntut hak pengguna dan pada masa yang sama tidak mahu menganiayai pengguna yang lain (penentang juga adalah pengguna), maka AR itu haruslah dipastikan sampai kepada pihak penentang dan ditandatangani dengan selamatnya. 

walaubagaimanapun, oleh kerana kebanyakan pihak penentang memang berniat untuk menipu penuntut, kebanyakan penentang amat sukar untuk dihubungi kerana:

  • pihak penentang telah menutup premis perniagaan mereka./ menghilangkan diri menyebabkan pihak pejabat pos tidak dapat menyerahkan AR tersebut.
  • talian telefon pihak penentang sudah tidak aktif
  • pihak penentang berpindah rumah/ memberi alamat yang salah.

jadi kehadiran pihak penuntut ke TTPM tidak membuahkan hasil jika dokumen tidak mencukupi.

oleh itu, saya amat tertarik dengan satu cadangan oleh tuan presiden:

  • dapatkan alamat penentang dari SSM
  • kemudian, hantar byhand AR tersebut ke alamat terbabit. 
  • jika penentang tiada di rumah, letakkan dokumen serahan itu dihadapan rumah/premis terbabit dan ambil bukti bergambar (itulah fungsi henset canggih).
  • bawa bukti bergambar terbabit ke pejabat pesuruh jaya sumpah berhampiran dan angkat sumpah.
  • dan bawa segala bukti yang telah dilakukan itu pada hari pendengaran kes anda.

huh! penatkan? mungkin sebab itulah ramai yang ambil keputusan untuk 'let go' aje jika ditipu secara kecil kecilan.

selepas itu, aku bertanya kepada pn. mages, adakah TTPM akan bagi 'award' jugak untuk kos yang ditanggung semasa proses menghantar dokumen kepada pihak penentang?

jawapannya: Masa dan kos sepanjang sesi 'hearing' tidak dapat dituntut. TTPM hanya menguruskan hal kepenggunaan dan memulangkan bayaran yang telah dibuat ke atas produk dengan bayaran penuh jika kondisi barangan tidak terusik atau bayaran atas nisbah untuk barangan yang sudah digunakan atau perkhidmatan sudah dijalankan (dalam ertikata lain, kos sepanjang 'hearing' ditanggung oleh penuntut...huhu...

mesti sangat letih dan frustrated sekali apabila i.e pihak penuntut terpaksa ke hulu ke hilir menghabiskan masa, tenaga dan duit untuk mencari si penentang, terpaksa lagi ambil cuti untuk menghadiri sesi 'hearing' dan sebagainya (kemungkinan sesi hearing akan berlanjutan hinga dua atau tiga kali), menunggu sehingga hampir ke tengah hari untuk kes dipanggil, tapi last2 terpaksa ditangguhkan kerana disebabkan pihak penentang! mesti rasa macam nak hempuk je meja mahkamah tribunal tu kan kan kan?

jadi kesimpulannya sebelum anda mahu membuat tuntutan, pastikan segala dokumen anda telah lengkap, bersiap sedia dari segi mental dan fizikal kerana anda harus ingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang bermasalah di sini, lagi penting anda harus ada kesabaran kerana harus sentiasa mengulang cerita yang sama kerana kemungkinan tuan presiden anda bukan orang yang sama setiap kali sesi hearing..

kesimpulan lagi, kepada mereka yang suka memperdaya di luar sana, henti2 kanlah kerja menipu anda itu.  tak berkat. 
anda mungkin boleh menipu diri sendiri, manusia lain dan makhluk lain di bumi ini, tapi Dia yang maha mengetahui itu tidak mungkin akan ditipu.
lagi satu, sepandai-pandai tupai melompat, lambat laun jatuh ke atas tanah juga.  fikir fikirkanlah
sekian.

# peh..panjang pulak entry aku kali ini.


Wednesday, March 6, 2013

Alhamdulillah 'ala Kulli Hal...

Alhamdulillah...

Malam tadi kakak sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Tahniah buat Kak Ma dan Abg Khairul. Dah ada dua putera, pasti kehadiran puteri amat ditunggu. Tahniah sekali lagi...dari adikmu ini...:)
Bertambah lagi anak saudara saya pada tahun ini...:) Alhamdulillah....
Doa saya dari jauh semoga keluarga besar Haji Wahid ink akan sentiasa bahagia, dilimpahi rahmatNya diberkati segala amalan dan sentiasa dalam lindunganNya.. amin. 

Dan tahniah juga kepada rakan sekerja, Azrina kerana menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ini. Terima kasih kerana belanja nasik dagang dan nasik berlauk untuk kami hari ini... Alhamdulillah..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.


iihsan dari amalandoamustajab.blogspot.com

Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hambaMu, anak2 dari hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami berada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qadak dan qadarMu bagi kami. kami meminta dengan Nama-NamaMu yang telah Engka usebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMu, atau Nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama dunia akhirat, dengan rahmatMu Ya Allah, wahai yang paling mengasihani dari segala yang mengasihani..amin.