Berkesempatan ke sini semalam.
Terletak di tingkat 6 Wisma Persekutuan. Kami disambut oleh pn. Mages yang membawa kami terus ke pejabat KPDNKK. Selepas sarapan kami terus masuk ke dalam mahkamah ini. Ada satu ruang disediakan untuk pemerhati Tapi sebab jumlah kami semua 40 orang, maka aku dan kak Mariam duduk di kerusi pihak penuntut. sebelah kiri tu adalah untuk pihak penentang (w/pun penentang amat jarang kelihatan di sini).
Difahamkan semalam ada 20 kes akan didengari oleh tuan presiden (lebih kurang mcm tuan hakim)
pukul 9.30 pagi ruang kerusi yang kosong itu mula dipenuhi orang ramai dari pelbagai bangsa, agama, warna kulit dan keturunan.
seorang wanita awal 40-an duduk di kerusi sebelah kanan aku. beliau datang untuk membuat tuntutan ke atas wang deposit yang dibayar kepada seorang kontraktor yang tidak menepati janjinya.
semua kerja dilakukan secara manual dan agak mengambil masa, sehingga aku rasa macam nak tertidur..hehe.
kebanyakan kes yang sempat aku dengar pada hari itu adalah melibatkan kes terpedaya dengan sales person ataupun terpedaya dengan orang yang kelihatan seperti boleh dipercayai (if u know what i mean).
dan hanya satu kes sahaja yang di 'awardkan' oleh tuan presiden untuk mendapat bayaran penuh atas kerugian yang ditanggung (i.e: mendapat semula jumlah duit yang dibayar kepada pihak penentang).
kes-kes seterusnya tidak dapat diteruskan kerana satu proses/syarat utama tidak dipenuhi iaitu;
tiada borang akuan penerimaan (AR registered post) daripada pihak penentang.
oleh kerana TTPM ini adalah tribunal yang mahu menuntut hak pengguna dan pada masa yang sama tidak mahu menganiayai pengguna yang lain (penentang juga adalah pengguna), maka AR itu haruslah dipastikan sampai kepada pihak penentang dan ditandatangani dengan selamatnya.
walaubagaimanapun, oleh kerana kebanyakan pihak penentang memang berniat untuk menipu penuntut, kebanyakan penentang amat sukar untuk dihubungi kerana:
- pihak penentang telah menutup premis perniagaan mereka./ menghilangkan diri menyebabkan pihak pejabat pos tidak dapat menyerahkan AR tersebut.
- talian telefon pihak penentang sudah tidak aktif
- pihak penentang berpindah rumah/ memberi alamat yang salah.
jadi kehadiran pihak penuntut ke TTPM tidak membuahkan hasil jika dokumen tidak mencukupi.
oleh itu, saya amat tertarik dengan satu cadangan oleh tuan presiden:
- dapatkan alamat penentang dari SSM
- kemudian, hantar byhand AR tersebut ke alamat terbabit.
- jika penentang tiada di rumah, letakkan dokumen serahan itu dihadapan rumah/premis terbabit dan ambil bukti bergambar (itulah fungsi henset canggih).
- bawa bukti bergambar terbabit ke pejabat pesuruh jaya sumpah berhampiran dan angkat sumpah.
- dan bawa segala bukti yang telah dilakukan itu pada hari pendengaran kes anda.
huh! penatkan? mungkin sebab itulah ramai yang ambil keputusan untuk 'let go' aje jika ditipu secara kecil kecilan.
selepas itu, aku bertanya kepada pn. mages, adakah TTPM akan bagi 'award' jugak untuk kos yang ditanggung semasa proses menghantar dokumen kepada pihak penentang?
jawapannya: Masa dan kos sepanjang sesi 'hearing' tidak dapat dituntut. TTPM hanya menguruskan hal kepenggunaan dan memulangkan bayaran yang telah dibuat ke atas produk dengan bayaran penuh jika kondisi barangan tidak terusik atau bayaran atas nisbah untuk barangan yang sudah digunakan atau perkhidmatan sudah dijalankan (dalam ertikata lain, kos sepanjang 'hearing' ditanggung oleh penuntut...huhu...
mesti sangat letih dan frustrated sekali apabila i.e pihak penuntut terpaksa ke hulu ke hilir menghabiskan masa, tenaga dan duit untuk mencari si penentang, terpaksa lagi ambil cuti untuk menghadiri sesi 'hearing' dan sebagainya (kemungkinan sesi hearing akan berlanjutan hinga dua atau tiga kali), menunggu sehingga hampir ke tengah hari untuk kes dipanggil, tapi last2 terpaksa ditangguhkan kerana disebabkan pihak penentang! mesti rasa macam nak hempuk je meja mahkamah tribunal tu kan kan kan?
jadi kesimpulannya sebelum anda mahu membuat tuntutan, pastikan segala dokumen anda telah lengkap, bersiap sedia dari segi mental dan fizikal kerana anda harus ingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang bermasalah di sini, lagi penting anda harus ada kesabaran kerana harus sentiasa mengulang cerita yang sama kerana kemungkinan tuan presiden anda bukan orang yang sama setiap kali sesi hearing..
kesimpulan lagi, kepada mereka yang suka memperdaya di luar sana, henti2 kanlah kerja menipu anda itu. tak berkat.
anda mungkin boleh menipu diri sendiri, manusia lain dan makhluk lain di bumi ini, tapi Dia yang maha mengetahui itu tidak mungkin akan ditipu.
lagi satu, sepandai-pandai tupai melompat, lambat laun jatuh ke atas tanah juga. fikir fikirkanlah
sekian.
# peh..panjang pulak entry aku kali ini.
No comments:
Post a Comment