Malam tadi kakak sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Tahniah buat Kak Ma dan Abg Khairul. Dah ada dua putera, pasti kehadiran puteri amat ditunggu. Tahniah sekali lagi...dari adikmu ini...:)
Bertambah lagi anak saudara saya pada tahun ini...:) Alhamdulillah....
Doa saya dari jauh semoga keluarga besar Haji Wahid ink akan sentiasa bahagia, dilimpahi rahmatNya diberkati segala amalan dan sentiasa dalam lindunganNya.. amin.
Dan tahniah juga kepada rakan sekerja,
Azrina kerana menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ini. Terima
kasih kerana belanja nasik dagang dan nasik berlauk untuk kami hari
ini... Alhamdulillah..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.
iihsan dari amalandoamustajab.blogspot.com
Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hambaMu, anak2 dari hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami berada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qadak dan qadarMu bagi kami. kami meminta dengan Nama-NamaMu yang telah Engka usebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMu, atau Nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama dunia akhirat, dengan rahmatMu Ya Allah, wahai yang paling mengasihani dari segala yang mengasihani..amin.
No comments:
Post a Comment