Sedutan satu mesej WhatApps yang banyak saya terima:
"Kawan-kawan, hari Selasa tanggal 5 November sudah mula bulan Muharram.
Bulan yang mana catatan amalan kita ditutup, diserahkan kepada Allah dan diganti dengan buku yang baru...."
Begitulah seterusnya hingga akhir ayat menyeru supaya penerima mesej itu akan menyampaikan mesej itu kepada mereka yang lain pula.
Kawan-kawan, dari pembacaan saya,
Tahun Hijrah ditentukan oleh Khalifah Umar pada 17H/638M.
Jadi saya macam ada kemusykilan tentang ayat warna merah itu. Takkan la pada tahun ke 17H baru 'sistem filing' Allah bermula.. err..ke guane...?
Lalu saya meneruskan carian lagi sehingga terjumpa ini:
Hadith-hadith yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)
dr bacaan muka buku dr Abu Anas Madani.
Di zaman kecanggihan teknologi dan kepantasan maklumat sekarang ini, ramai yang menekan butang "send" tanpa berfikir panjang. Niat yang baik untuk saling memperingati akhirnya tercemar kerana bahan yang tersebar itu adalah bidaah. Lebih teruk lagi jika apa yang disebar itu adalah hadis palsu... Nauzubillahi minzalik...
Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1435. Semoga kita mengakhiri tahun 1434H dengan penuh kemuliaan dan memulakan tahun baru 1435H dengan keazaman, seribu kebaikan dan hikmah.
Maafkan segala kesilapan dan kekhilafan cara penulisan saya, jika ada terguris dan tersentuh, niat saya hanyalah untuk kebaikan bersama.
Jumpa lagi di tahun Hijrah yang akan datang! ;-)
No comments:
Post a Comment