Jawapan: Bergantung. Kalau chef, memang kerjanya memasak. Tapi kalau saya, ini adalah waktu waktu yang paling sesuai saya masuk dapur rekaman.. eh. silap. dapur masakan.
1. Bila perut lapar. Tapi kalau memasak masa perut mesti jadi kelam kabut. Tak sabar. Ye la dah lapar kan.. hehe. Jadi masakla semasa perut rasa nak lapar...supaya tidak end up makan mee segera.
2. Bila terliur tengok resepi kat FB. haha. Diorang tu dahsyat dahsyat! post gambar gambar masakan. Memang berjaya membuat orang lain terliur. Nasib baik ada resepi sekali. Berguna betul laman sosial ni ye. Dari tak reti masak, terus jadi masterchef.. kekeke..
3. Bila rasa kebosanan. Masa yang sangat sesuai mencuba resepi. Lebih lebih lagi kalau semua barang yang diperlukan ada di dapur. Laaajuuu je jadinya.
antara aktiviti kala kebosanan sementara menunggu makanan masak. |
5. Untuk menghabiskan stok yang sudah hampir expired. Jangan membazir... gunakan semua barang yang sudah hampir tarikh luputnya. Sayang jika di tong sampahkan. Dengan sedikit kreativiti, semua barang barang itu dapat digunakan sebelum kita buang.
modified choc cheesecake meleleh (kononn). menghabiskan stock creamcheese. |
6. Oh. Bila terpaksa masak. Kadang kadang rasa malas nak masuk dapur. Tapi, rasa laagi malas nak makan di kedai. [u know, bersiap, tukar baju, drive, tunggu waiter, tunggu order bla bla bla...]. Masa ni anything telur pon sodapp...
7. Ini sebenarnya yang menjadi permulaan untuk memasak: Apabila berjauhan dengan keluarga(baca: Emak). Sebab apa, bila tinggal jauh daripada emak, automatik kena memasak. Sebab sudah tidak ada penyelamat saat terdesak mengidam nak makan sesuatu...hukhuk..
menjadi juga pengat durian. biasa mak buatkan. cett..senang je rupanya. |
bilakah entri ini ditulis?
Entri ini ditulis ketika mata begitu teruja melihat resepi berwarna warni menggamit selera di laman sosial...haish!!
No comments:
Post a Comment