Tuesday, December 31, 2013

sesi mencuba cuba di hujung tahun 2013


Dua hari lepas saya menemani kawan ke sebuah pekan. Tujuannya untuk mencuba-cuba emas. Sebentuk cincin(untuk terus dibeli) dan rantai tangan (untuk dibeli pada lain hari), katanya untuk majlis membatalkan air sembahyangnya kelak.
Sebenarnya dia sudah 'survey' corak dan harga di kedai kedai lain sekitar Selangor, harganya sekitar RM145/gram.
And I was like "WHAT???" kat mana?
She named a few branded names.
hm.. itule.. kamu pergi survey kedai ada nama, kedai branded, memangle maheiii..
I tell you what.. gold is a gold no matter where you buy it. Kalau beli emas 916 kat P** K*** atau H**** J**** pun nilai emas tu sama je kalau kamu beli emas 916 kat kedai kayu tepi jalan dalam pekan kecil, kan?
Tapi.. kenapa harga yang kedai branded tu mahal?
Hm.. tu saya pun tak pasti, mungkin sebab brand atau nak cover sewa kedai kot...? hihi.. you figure out by yourself lah!

Jadi petang yang permai itu, kami pun masukla kedai kayu campur batu tepi jalan dekat pekan Tampin tu. RM129/gram.
Wow.. teruja terus kawan saya! hahaha..
Dari nak beli sebentuk cincin terus 'TER' beli rantai tangan yang katanya "just nak survey dulu.." tu..
Dan sebab teruja tengok kawan mencuba-cuba, saya pun terpengaruh ,mencuba-ciba juga dan teruja juga dan "TER" beli la juga..aisehhh lari budget nak beli telefon bimbit!

Uncle tokey kedai tu pun cakap, tahun depan naik harga pasal GST.. aiyakkk.. [jadi tak rugi la kalau saya beli sekarang kan?? sdapkan hati sendiri]

Balik rumah sesi show off dekat adik la kan, hahaha..
Dia pun teruja gak. Lebih lebih lagi bila saya beritahu yang uncle kedai tu cakap harga mungkin naik next year.
Jadi petang ni saya akan pergi lagi, kali ni teman adik pula nak mencuba-cuba..{huhu.. Zi sila jangan terpengaruh lagi kali ni ye!! amaran keras ni]

baiklah, selamat menyambut tahun baru 2014. apa azam kamu?

Azam saya? hm.. rasa macam tiada azam, cuma ada beberapa perkara yang saya harap dapat 'settle' pada tahun 2014. Dua daripadanya adalah sangat besar dan will permanently change my life to be a better person, Insya Allah..I hope.

oh ya, pasal harga emas tahun depan tu,
Tak taula betul ke tidak. Uncle tu yang cakap, I just quote.
Jadi jangan bimbang sangat sampai terus kena darah tinggi. Kesihatan itu laaagi emas daripada emas tau!

Dah nak akhir tahun ni, saya rasa saya patut menyampaikan sesuatu dari hati saya kepada anda yang sudi singgah di blog ini;
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Walaupun kebanyakan entrinya berkisar tentang persekitaran saya, saya berharap pembaca dapat manfaat dari apa yang saya tulis. Walaupun sedikit...:)

Akhir kata,
Salam sayang dari saya untuk kamu semua. [bersayang -sayang pulak di hujung tahun ni ye..;p]

Jumpa lagi di tahun depan!


SELAMAT TAHUN BARU 2014

No comments:

Post a Comment