Salam pagi jumaat yang cerah. Almaklumle, Terengganu sekarang musim salji cair, kalau suatu hari tuternampak matahari, memanng satu rahmat yang tak terhingga!
Hm.. semalam dan malam tadi saya tekun mengadap laptop ni, Menyiapkan sesuatu yang saya perlu submit memandangkan tarikh akhirnya adalah hari ini (13/12/2013). Hm.. Alhamdulillah, walaupun tahu mengenainya di saat akhir, sempat juga saya buat, walaupun proses penghantaran sangat lama dan bosan (kerana menunggu dokumen di 'upload') - [laptop saya yang lembab atau servernya yang lembab, saya tidak pasti]. Apa yang pasti, belakang saya rasa sangat sakit. macam dah bengkok tulang belakang pun ada.. kerjanya hanya refresh page, refresh page dan refresh page...
Tengah-tengah duk menunggu, tetiba kawan sebelah meja saya di sekolah, menghubungi menggunakan viber. Eh, dia dah balik kah? Setahu saya, Yam sekarang berada di Iskandariah, menziarahi mentuanya di sana.
Memang, dia menghubungi saya dari sana. Sayup sayup je suaranya dan lambat lambat pula balasannya. Macam orang menelefon ke stesen radio dan pada masa yang sama ingin dengar suara dia ke udara.. ha.. macam tu la gaya kami bercakap malam tadi! [sebenarnya bukan malam pun, sebab waktu tu dah pukul 00:29]
Haish, terharu pula saya, dak Yam teringat saya kat kampung ni.. hihi.. kat sana pun musim sejuk katanya. Latar belakang pernbualan kami adalah suara anaknya si Muhammad, yang ber iyeahh iyeahh dengan mak mak saudaranya di sana.. haiii.. jangan lupa nak balik Malaysia dahla ye.
Akhirnya setelah bosan menunggu dokumen tak dapat diupload, saya pun mengambil keputusan tidur. self refreshing...
Pagi ini sekali lagi saya mengadap laptop, dan akhirnya dokumen berjaya diupload. Alhamdulillah.... dan laporan saya sudah disubmit. Alhamdulilah...
Harapan dan doa saya di hari jumaat yang berkah ini, agar Allah sentiasa memberkati jalan hidup saya dan memberi kekuatan kepada saya untuk sentiasa berada di jalanNya.
Negative part says: There was times when I feel like dropping all and everything and let others take charge..
Positive part says: No, Zi, hang on there. You will make it!
Astagfirullahal adzim
'I ask Allah for strength, and He gives me tests...'
Allahumma.. Robbi Yassir wala Tu assir...
stand firm.hold your ground. |
No comments:
Post a Comment