Hujung November 2013
Medan parkir Menara Taming Sari penuh dengan kenderaan. Tiada yang menghairankan. Musim cuti sekolah. Saya memandu keluar dan mencuba ke tempat parkir yang lain pula.
"Jauh sangat dohni..", luah kakak setelah kereta melewati Mahkota Parade.
Tiada pilihan, saya mencuba nasib lagi. Masuk kali kedua ke medan parkir Taming Sari. Alhamdulillah.. ada satu tempat kosong.
Setelah kereta diparkir, emak mahu ke toilet, yang lain mengikut. Masih berbaki dua jam sebelum enam petang. Saya ke kaunter parkir untuk membeli kupon.
" Ini untuk satu jam, ini untuk setengah jam setengah jam", laju je penjual kupon mengeluarkan dua buku kupon dan diletakkan di depan saya. Setiap buku mengandungi sepuluh kupon.
"Kalau saya nak beli untuk dua jam hari ni saje tak boleh ke?" terus saya bertanya.
"Tak ada jual macam tu, kalau nak kene beli kupon sehari, RM5", balas adik penjual sambil menggelengkan kepala.
"Erm.. Saya bukan selalu sangat pun datang sini...", saya memberitahu penjual. Ye lah, kalau bukan kerana ingin membawa keluarga bersiar yang sesekali datang menziarah, saya mungkin tidak akan datang ke tempat yang sangat sesak itu. Tambahan lagi sewaktu cuti sekolah, sesaknya... ya ampunnn!!
Saya menoleh kebelakang. Seorang lelaki sedang menunggu giliran untuk membeli kupon parkir. Dia menghampiri kaunter dan melihat buku-buku kupon yang masih ada di situ.
Penjual kupon itu menerangkan perihal buku kupon itu kepadanya. Terangguk angguk dia mendengar penjelasan adik penjual kupon.
"Jadi yang ni untuk satu jam satu jam ye?" Dia bertanya kembali kepada adik penjual kupon tadi.
"Kalau kita share, nak?" tiba-tiba dia bertanya sambil menoleh kepada saya.
"Huh? oh..ok gak", balas saya terkejut. Tak sempat nak fikir panjang. Lagipun saya memang kena beli jugak kan..
Dia menghulurkan duit RM10 kepada adik penjual kupon.
"Kupon tu ada sepuluh, jadi seorang dapat lima keping", adik penjual memberi penjelasan tanpa jemu sambil menghulurkan baki duit.
"Ok, jadi awak ambik lima keping, saya lima keping", Kata lelaki itu sambil mengoyakkan bahagian tengah buku kupon. Saya mengeluarkan wallet untuk membayar harga kupon bahagian saya kepadanya.
Kupon saya terima, duit saya hulur.
"Tak pelah, saya belanja", balasnya sambil tersenyum dan terus berlalu.
"Hah? Terima kasih. Semoga murah rezeki!" saya bersuara kuat kerana dia sudah menjauh.
Sambil berjalan ke kereta saya terfikir...
Baik hati sungguh lelaki lelaki kat Malaysia nih. Dahla hensem. Saya suka! Hiks.
Alah, lupa nak mintak nombor telefon!!!
kupon kenangan. kihkihkih. |
No comments:
Post a Comment