Wednesday, December 23, 2009

Edging to 2010

ANTOLOGI SEBUAH TAHUN BARU

Selamat Tahun baru!
Happy NewYear!
Yahhoo…!
Jom gi Dataran Merdeka…?
KLCC pun ok apa!
Bukit Jalil pun meriah juga
Lepak sana sampai x igt dunia
Lelaki, pompuan sumer sama
Ye la, sambut tahun baru… sumer nak rase!

*

Alamak dah masuk pagila!
Ala rilek rr baru kol dua…
Jom gi bangsar…?
Modestos kt sane ade special offer…
Diskos kt Bintang Walk pun kasi half price kat die punyer customers
Ke nak try care high class kt Damansara Utama…?
Jom ar…
Esokkan cuti….
Enjoy arr sampai pagi
Bile lagi nak menari bagai nak mati?
Nak joli sana sini…?
Mase ni la beb… setahun skali…!

*

Argh…dah dinihari…?
Alah… selambe la…
Tak puas lagini…
Tuding langit, goyang kaki
Balik rumah nak buat ape..? tak kan nk tgok tv…
Ni ni ni, sorang lagi makwe ajak menari
Tu tu tu ade sebotol lagi tu…
Tambahla lagi, jgn segan jgn malu
Special drink tu… rugi kalau tak jamu…
Cheers..Selamat Tahun Baru!
Subuh… camner…?
Hmph…!
Asar, Maghrib Isyak pun x buat
Subuh buat buatla tak sempat….
Zohor karang baru kau qadak,
rembat skali empat empat!
Tak pe mude lagi
Tua nanti baru taubat…

*

Dah! Dah! Dah!
Matahari pun dah nampak kelibat
Aku nak balik, nak tido nak rehat
Esok nak kerja, hari ni aku nak rest banyak banyak
Biar esok nampak sihat, segar dan bersemangat!
Warning, jgn sesape kejutkan aku! Taula aku bangun sendiri!

*

Alamak, mcmmane ni…?
Mata tak boleh nak bukak, badan tak bole nak berfungsi…
Eh eh eh kejap kejap…ni kat mane ni…?
Rumah aku bukan kat sini… bilik aku bukan macamni…
Aku pasti! I’m sure… deadly!
Oh… baru aku igt…
Tadi sebb otak tak betul akal tak centre,
Sumer jalan aku rase same,
takde bengkok, takde cabang, lurus sahaje
Sampai satu corner,
Woops! entah macam mane ntah…
Brake tak sempat nak adjust, steering tak sempat nak pulas
Divider jalan, besi penghadang, rezab cenggitu punye luas…
sumer aku ranggah, summer aku libas
Ha tengok…! Dalam longkang tepi jln aku terkandas…

*

Oo… patutla mata tak boleh bukak
Badan tak bole nak bergerak…
Rupenya dah lame dah keras…dah lame jadik arwah…
dah berjam tak bernafas!
Orang kate DAH HABIS DAH…!

*

Hek… mcm tak pecaye je…
Aku nak taubat umur namploh lime
Skrg baru doploh tige!
YA ALLAH…!

***************************************************
Oh ye..
Aku pon nak buat ucapan juga
SELAMAT TAHUN BARU 2010 la ye…
Best best enjoy kat atas dunia
Amal untuk akhirat jgn plak kite ambil lewa
Same2la kite memperingati agar tak lupe, tak leka
Moga sentiase dilindungi DIA, diberkati rahmatNYA.

Tuesday, December 15, 2009

December Blues

This December breeze
Still cold and sharp
Stabbing cruelly through my vein
Freezing my blood
Till I am breathing the ice
And feel the cold iron in my mouth

*

This windy season
So clear
That I can see
The dark grey air
Coiling lazily above my head

*

And the background is dull
Bluish grey painted with damp black trees
Hiding in there
An old lame crow
Aching and crying and dying
Though hoping for hope

*

A point is a dot in an angle
And the sun shines through windowpanes
The radiant rays make thousands tiny dots to the spotty windows
Like a light feathery kiss on my lips
Lending its warmth and hope

*

Penetrating the grey air
Is the glowing rainbow
Color of bliss
Embracing every dreary grey dot
Warming the damp black trees
Comforting the old lame crow
Bringing joy to all



Zi Wahid

Dec 16th 2009

Friday, December 11, 2009

Dan awak... yang mana?

Howard Gardner di dalam buku Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences, menyatakan pendapat bahawa kecerdasan (intelligence) seseorang itu lebih hebat daripada kemahiran ataupun kemampuan. Gardner mengemukakan tujuh bentuk kecerdasan berkaitan teori ini:

1. Kinestetik-fizikal
2. Interpersonal
3. Intrapersonal
4. Logik-matematik
5. Muzikal
6. Spasial
7. Linguistik

Kecerdasan kinestetik fizikal: Biasanya menjadi doktor, tentera,pelakon, atau atlet. Orang sebegini mempunyai keseimbangan badan yang baik, gagah, fleksibel dan ada gaya.

Kecerdasan interpersonal: Biasanya menjadi hebat sebagai pemimpin, pemidato, jurujual, pengurus atau guru kerana mereka sangat sensitif dan mampu mentafsir "angin" serta gerak hati orang lain.

Kecerdasan intrapersonal: Biasanya menjadi ahli falsafah, ahli psikologi, pakar motivasi, atau saintis. Mereka suka mengkaji orang lain, dan sangat memahami perasaan diri sendiri, kemahuan, kehendak, dan batas kemampuan manusia.

Kecerdasan logik matematik: Tidak lain tidak bukan sudah tentu menjadi pakar matematik, ahli ekonomi, saintis ataupun pengatur cara program komputer. Orang sebegini dianugerahkan kecerdasan untuk memahami nombor, konsep logik dan berfikir secara abstrak.

Kecerdasan muzikal: Ahli muzik, penyanyi, pencipta lagu, juruhebah, atau penulis lirik. Mereka sangat sensitif dengan ritma lagu dan pendengaran bunyi nada. Golongan sebegini juga sangat memahami ekspresi yang diluahkan melalui lagu dan irama.

Kecerdasan spasial: Gardner menggunakan perkataan spasial yang bermaksud ruang yang merujuk kepada individu yang sensitif kepada ruang, warna, dan mampu mengimaginasikan objek secara visual (gambaran). Sudah tentu mereka ini menjadi arkitek, pelukis, pelukis pelan/peta atau jurutera.

Kecerdasan bahasa: Biasanya orang sebegini menjadi pakar bahasa, penterjemah, editor, wartawan, dan penulis hebat. Namun sekiranya pelakon, peguam, guru, dan ahli politik mempunyai kecerdasan ini, ia akan menjadi "nilai tambah" bagi mereka.

Friday Nite Out a.k.a Women's Nite

maka bermula lah...tugasan rph untuk kali ini. Rph mestilah interaktif dan menggunakan ICT. Jangkamasa adlah dua slot iaitu 80 minit. adui... mata pun dah melali nih. baru je bukak laptop dah start menguap. macam ni bile nak siap...? ari isnin dah nak kene present. depa ni kate KuWi yang masuk ganti Cik Nik..adui...menguap lagi.
Sunyi la plak mlm ni. ramai yg balik kg. sepatutnya aku pon blk jugak. tapi igt nak siapkan assignment ni, sanggup aku korbankan nikmat tidur kat rumah untuk mlm ni. kononnya nak siapkan kerja mlm ni la. Ceh, dah pukol 1 ni satu ape pon xstart lagi, nak siap mlm ni camno....
blk kelas tadi aku bantai tido dulu. kedian baru aku bangun solat asar lepas tu tunggu maghrib, lepastu pegi jenguk bilik Nisah. Tabik la kat ko Niss, x tido tu... aku pon layan tengok Spontan. Best jugak rancangan tu. semua pelakon mengeluarkan ayat2 spontan ikut keadaan yang diarahkan. bile dah spontan tu mcm2 yg keluar. Everybody Spontan!
Lepastu kitorang pon klua makan. makan dimana? Makan di Mc D! drive pegi Mc D. 2 kali pusing baru ade parking kosong.
Makan apa? ooo... 1 Mc Chicken, 1 Big Mc, 1 coke,1 sprite dan 4 bungkus kentang...burp! kenyang...lepak sampai pukol 11. Nisah sekali refill coke dia. Tu pon malu2 nak ke kaunter..elleh.., malu kat abang2 kat meja belakang la tu! hohoho...jgn marah nisah eh...gurau je..nxt time kita pegi lagi.haha.
hm..best jugak lepak ni. seingat aku dah lama aku tak melepak camgini dgn member2. last skali aku lepak mase turun kl itu ari, tahun bile ntah. tu pon sekejap aje, sekadar order air, catch up a few gossips and then ciao ciao. xrelax langsung.
kalo buat selalu kan best. eh sat sat, tapi kalo buat selalu nnti jd boring plak, xde gossips plak, dull aje. xbest jugak. die kene sesekali aje. baru bnyk benda nak di utarakan baru xigt nak tgk jarum jam..hehe.
ape ape pon I really enjoyed this outing tonite. thanks Niss..

Saturday, December 5, 2009

Saya atau Career - chauvinist kah aku?

Semua orang mengimpikan hidup yang indah dan bahagia, ada kerjaya yang bagus, keluarga yang bahagia, suami @ isteri yang memahami. Beruntungla sape2 yang dapat semuanya. Namun ada jugak yang terbelenggu dengan masalah yang xpernah disangka2 boleh berlaku dlm hidup. ade yang dah bekerjaya bagus, bila kahwin kene berhenti, terpaksa berhenti, alasan: berkorban demi keluarga, mahu jadi suri rumahtangga yang menjaga makan pakai suami dan anak2 (kalau ada rezeki). kalo lelaki xde alasan untuk tidak mahu bekerja sbb lepas kawen mesti kene krja lbh keras sb nak kene suap banyak mulut. memang sayang nak tinggal kerja, apa lagi kalo kerja tu memang diminati dan dah menjadi sebahagian dari rutin hidup masa belum kahwin dulu. tambah lagi pendapatan tiap2 bulan pun lumayan. ye la sape nak bagi rm 2,3000 sebulan free free? memang susah nak buat keputusan, ada yang sampai bertegang urat leher, tak bertegur dari pagi sampai petang.

sang suami menggunakan kuasa veto: “you pilih, saya atau career!?

Si isteri sanggup berkorban, lepaskan apa yang disayang semata2 untuk menjaga hati orang2 yang tersayang.

habistu, loan kete sape nak bayar?
“xpe, my hubby kate die boleh coverkan…”
masa sayang, semua indah, semua sanggup.
“ayang x payah kejela, kalo setakat nak tanggung makan pakai kita anak beranak, abang mampu lagi.”

nanti kalau husband u kawen lagi camne?
“eeh.. takkanla.., hubby I cakap, die x mungkin cari yang lain,,,”
“ abang xkan cari yang lain dah, ayang sorang dah cukup.u make my life complete.”
syahdunya…

peringatan: itu nada setahun dua usia perkahwinan…!
Realitinya, pemikiran lelaki ni mmg xleh nk jangka, susah nk duga, hatta sampai satu ketika pengorbanan sang isteri satu sen pun dia x igt, semua dia lupa.. atau buat2 lupa.
kesnya: banyak.. salah satunya, sebab dah jumpa pucuk baru yang muda,bergaya dan hebat dipandang mata..isteri ditinggalkan terkapai-kapai, teraba-raba. masa tu baru sang isteri nk igt, mcm mana ngan loan kete, makan pakai anak apa serba? nak kerja? dah berpuluh tahun dah tinggalkan dunia professional…isk isk isk…

sekarang you pilih, career atau saya?

Friday, December 4, 2009

Salam SPM

Ditujukan khas buat anak2 didikku dan seluruh calon SPM seluruh negara.

Salam Jumaat.

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM. Buat anak-anak (atau lebih layak; adik2 pelajar) sekalian.
Doa saya agar anda semua dapat dan telah menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul.
Rasanya tahun ini adalah tahun yang paling mencabar buat calon SPM bahagian Pantai Timur. Menghadapi SPM dalam musim hujan dan banjir tentunya akan lebih menguji ketabahan dan kekentalan hati para calon.
Mahmudiah ditenggelami air lagi. tengkujuh tahun ini begitu hebat. Biasanya hanya sekali sahaja banjir, tapi kali ini banjir berterusan buat kali ke tiga.
sebenarnya, kali terakhir banjir adalah di awal tahun 2006 yang lalu. Tapi waktu itu tidaklah seteruk kali ini. Waktu itu exam SPM sudah selesai.
Kali ini, banjir melanda tatkala para pelajar masih lagi menetap di hostel dan sedang menjalani SPM. Bayangkan betapa kesiannya mereka terpaksa berkemas dan menumpang di sekolah berhampiran sementara menunggu air surut. Berangkut menaiki bot bomba untuk ke dewan peperiksaan, sungguh mengharukan
Persoalannya, mengapa banjir begitu teruk tahun ini?
Pandangan saya mudah sahaja. Selain daripada perubahan cuaca yang tidak menentu diseluruh dunia (taufan, tsunami dan gempa yang melanda secara beterusan di beberapa tempat di seluruh dunia), Terengganu sedang melalui proses pembangunan. Kalau di Kuala Berang, perojek lebuh raya sedang rancak berjalan. Jalan dikorek dan disodok dan ditimbun, paya ditimbus, kesannya ialah apabila hujan lebat yang turun dengan kerap. Kuantiti air yang banyak tetapi tiada tempat untuk dituju. Akibatnya: Banjir.
Semalam sewaktu menelefon beberapa pelajar bertanyakan khabar, mereka memberitahu yang mereka baik-baik sahaja. Cumanya tidak berapa selesa kerana menumpang. Betullah tu, sepatutunya diwaktu peperiksan sebegini, mereka seharusnya dalam keadaan tenang dan selesa untuk mengulagkaji pelajaran di saat2 akhir ini.
Saya mendoakan agar kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM tahun ini. Jadikan kekurangan itu sebagai satu cabaran untuk lebih berusaha. Insya Allah, kejayan milik anda.
Gambatte kudasai!