Apa yang kamu buat pada malam tahun baru? tengok bunga api kah? main bunga api kah? pegi dataran buat countdown kah?
aku? tgh siap2 nak tido... eventful kan hidup aku mlm ni.
okla. see u next year..
mode:: sedih.sayu.teringat.
**xde mood nk tulis azam tahun baru.
Ini adalah catatan pendapat dan pandangan aku tentang sesuatu perkara di sekeliling yang aku rasa, dengar, dan lihat. Pandangan dan pendapat kita mungkin tidak sama, biasalah tu, sebab bagi aku, kita mungkin dapat kertas lukisan dan warna yang sama, tetapi tidak mungkin kita dapat menghasilkan dua lukisan yang langsung tiada beza..
Saturday, December 31, 2011
Kuking kuking part 1-Assyura
Hai, hari ni mcm awal je bukak laptop ni. hehe. Azam akhir tahun. hm.. azam tahun 2012, nanti2 la, malam ni baru nak fikir..' ada ke, igt mcm shopping brg kat Giant ke?' kataku kepada diriku sendiri. Ah sudah, ini bukan pasal azam tahun baru, bukan jugak pasal bengkel welding Azam Dungun, ini pasal kuking2 ye.. sila ikut tajuk di atas.
kuking kuking hari ini adalah pasal asyura ataupun dalam bahasa perancisnya adalah SURE. Sure ni cara sebut dia adalah 'su' 're=rendam'. mcm kamu sebut rendam baju dlm baldi tu la.. clear?.
Sure kat Terengganu ni lebih kurang sama dgn sure kat Kelantan, cuma skala kemanisan je yg berbeza. Selain daripada itu, mmg totally lain. Aku pnh mkn sure kat KL, Penang @ belah2 Utara, Johor, dan beberapa negeri lagi, mmg cara buat dan rasa sure ni tak sama. Depa semua ni tak guna rempah agknye kot noh? kalo kat sini kami ada rempah Assyura. Serbuk. Warna dia mcm koko hitam pekat gitu. Bau dia... pehhhh kecur liur.. ah ckp bnyk tak guna.. tgk je la gambar2 kat bwh nu...sng citer.
OPERASI KACAU SURE
vocab: kacau = stir/godek
**semua kecuali kacang dh di blend. aksesori lain ade lagi, mcm ubi keledek, ayam, daging, ikut kome la nk taruk apa, jgn campak kayu dan batu udahle...
seperti biasa sure dikacau dlm kawah. sbb ini mknn sekali setahun shj, jadi mesti buat bnyk2, bagi sama jiran2 jugak. sama adik beradik jugak. barulah makanan diberkati..ke guane geng?renung2kan dan selamat beramal...[err..ini slot ustazah pilihan kah?]
ala sama mcm korang bakar lemang la kan, ade ke org buat lemang dua batang je? ada? tak berbaloi...
**ini stage awl, beras+kacang hijau. kacau.
inilah dia model pengacau sure of the year! Tahniah si baju kuning kerana begitu gigih memastikan sure tidak berkerak di dasar kawah...:p
**stage ni dah masukkan santan. kacau lagi!
inilah rempah assyura seperti yg telah digembar- gemburkan itu..
**maaf sbb xsmpat nk snap pic masa rempah tu dlm paket. yg ini tlh digaul dgn bwg merah..
beginilah rupanya bila rempah dh dimasukkan...
maaf tidak dapat menyertakan bau pada ruangan ini..hehehe..
oh.. sorang lagi hero sure kita memunculkan dirinya...
kacau jgn tak kacau...
**biasa masak tgh laman, open air, kayu api. tp cuaca Muharram kali ini tdk mengizinkan, makanya buat kat bwh bumbung, atas simen, dapur gas kenduri.
setelah 4 jam [4ptg - 8mlm] atas dapur, akhirnya sure itu pun masak.. dan diletakkan di dlm talam, besen, bekas2 lain yg munasabah utk tujuan penyejukan dan penyimpanan dan pembahagian pada esok hari..
ini?bila dah sejuk jadi mcm ni...
ini adalah belen untuk kami, generasi X dan Generasi Y yang mengacau sure tadi.
sudu-sudu direct dari kawah panas2 sambil borak2...hahaha... tak senonossss!
pape pun gathering sure yg sgt best!!!
***till we meet again Muharram 1434H ye cik sure... InsyaAllah jika dipjgkan umur olehNya..amin.
Friday, December 30, 2011
Tip Masakan Sedap
Assalamualaikum.
Makanan yang berkhasiat mestilah sentiasa segar walaupun selepas dimasak. Untuk itu, gunakanlah bahan-bahan yang segar dan bermutu. Terbaek dari ladang!
**Dalam hal ini, gunakan minyak yang belum digunakan demi menghasilkan masakan yg bermutu.
**Gunakan api perlahan dan kaedah 'deep fry' [mcm chef je.. ceh perasan!]
Kemudian, demi memastikan rakyat Malaysia tidak mengalami masalah obesiti akibat dari termakan lebihan minyak ketika menggoreng tadi, maka makanan yg digoreng haruslah disejat dahulu.
Kemudian, tunggu apa lagik? Makan je la....hehehe..
Complimentary drink? Teh O panas berasap...:o)
**Jgn lupa baca Bismillahirrahmanirrahim...:)
Ok, so, mana tip masakan menjadi sedap?
Oh.. ye, tipnya adalah masak ketika sedang lapar. Nescaya masakan anda menjadi sedap.
ok ye, sekian dulu dari saya, pakar menghabiskan masakan sedap...;)
Selamat hari jumaat, malam sabtu. Ok, hari ini aku telah terjumpa satu rahsia untuk makanan yang dimasak menjadi SEDAP.
Tentu sekali tidak menggunakan penambah perisa Ajinomoto [memang tak suka guna dlm masakan pun].
dah tu apa?
ok, ini adalah foto2 yg sempat diambil sebelum makanan sedap ini 'lesap' dikala petang nan hening dibasahi hujan sekali sekala beserta angin monsun timur laut yang bertiup sepoi2 mendingin hingga ke tulang sumsum (ceywahhh!!!)

Ha.. nampak tak? nampak tak? makanan sihat mestilah mengandungi semua zat2 yg diperlukan oleh tubuh seperti protein, karbohidrat, vitamin, etc... etc,
**gunakan lada jarum(cili api) yang ditanam sendiri. kepedasannya terjamin!
**gunakan lada jarum(cili api) yang ditanam sendiri. kepedasannya terjamin!
Makanan yang berkhasiat mestilah sentiasa segar walaupun selepas dimasak. Untuk itu, gunakanlah bahan-bahan yang segar dan bermutu. Terbaek dari ladang!
**Dalam hal ini, gunakan minyak yang belum digunakan demi menghasilkan masakan yg bermutu.
**Gunakan api perlahan dan kaedah 'deep fry' [mcm chef je.. ceh perasan!]
Kemudian, demi memastikan rakyat Malaysia tidak mengalami masalah obesiti akibat dari termakan lebihan minyak ketika menggoreng tadi, maka makanan yg digoreng haruslah disejat dahulu.
Kemudian, tunggu apa lagik? Makan je la....hehehe..
Complimentary drink? Teh O panas berasap...:o)
**Jgn lupa baca Bismillahirrahmanirrahim...:)
Ok, so, mana tip masakan menjadi sedap?
Oh.. ye, tipnya adalah masak ketika sedang lapar. Nescaya masakan anda menjadi sedap.
ok ye, sekian dulu dari saya, pakar menghabiskan masakan sedap...;)
Thursday, December 29, 2011
Blank
hari ini hari khamis.
hujan renyai2 dari pagi tadi.
nak mandi pun sejuk. beku.
tp bukan la bermakna tak mandi lagi.
hajat hati nk update blog,
tetiba jadi blank. tak dak idea.
kosong.
...
...
...
ini tidak adil tidak adil baginya...
ini tidak adil tidak adil bagiku
heh! tetiba ter 'yuna' plak.
erm..
till then.
***warna kelabu menunjukkan kelam pemikiranku saat ini.
hujan renyai2 dari pagi tadi.
nak mandi pun sejuk. beku.
tp bukan la bermakna tak mandi lagi.
hajat hati nk update blog,
tetiba jadi blank. tak dak idea.
kosong.
...
...
...
ini tidak adil tidak adil baginya...
ini tidak adil tidak adil bagiku
heh! tetiba ter 'yuna' plak.
erm..
till then.
Thursday, December 22, 2011
thursday yg letih
Arini mmg rasa sgt letih.
Duit baru dah kluar berita ml tadi..(so?) hehe.. tak dak kene mengena pun. letih sebab kene buat analisa PMR. selama ni buat utk subjek jek, tahun ni kne buat utk whole body. padan muka! bab isi dlm excel yg tak menahan tu, kene faham formula yg ade kt situ. bile tak faham? reka (reka??) formula sendiri. rasa mcm kene buli pun ada. kne buli dgn excel.
Bila jam dah kul 3.30 ptg, ofis pun dh nk tutup. air plak tak dak kat skolah..haih, napela result kuar time air tak dak? nak solat pun susah.. sudahnya aku angkut bwk balik rumah le. Reka kat rumah sambil bersantai2 atas katil lagi best.
huhu jahanam plan aku nak bli brg utk cooking2 esok. dah petang2 tu mls la nk klua. lagila mcm nak ujan je. lepak rumah makan biskut kering cicah teh panas lagi best kan? kan?
tapi aku tak dan nak makn pun, sampai rumah bukak tudung, bukak stokin dan bukak apa yg boleh dibukak, pi amik wuduk, solat zuhur yg dh jadi moyang dinasor tu usia dia agknya..astagfirullah.. pastu trus ngadap laptop lagi. koi 5 lbh baru siap. dh emel pada yg patut diemel. Alhamdulillah...akhirnya!

ini adalah gambar ihsan mrgoogle.
**tahniah buat Farzanatu Dini dan Aimi Annan utk keputusan anda yg cemerlang. Nanti Mocek kuking2 utk anda ye!..insyaAllah.. -:)
Subscribe to:
Posts (Atom)