Tuesday, January 21, 2014

Kos sara hidup di Terengganu Darul Iman

pheww... tak sangka pula saya Kuala Terengganu termasuk dalam senarai 'top ten' 10 tempat paling mahal di Malaysia!
Rupanya 'negeri cantik budaya menarik' yang sentiasa murah dengan senyuman ini sangat mahal dari segi kos sara hidupnya.

Teringat pula cerita kakak saya dua tahun lepas membeli sebungkus nasi kerabu yang penuh dengan lauk daging panggang telur masin dan sebungkus nasi minyak lauk ayam serta beberapa ketul kuih muih hanya dengan harga kurang dari RM10.

Beberapa hari lepas seorang rakan dari sekolah menengah memberitahu melalui whatapps yang beliau membeli tiga bungkus nasi lemak saiz biasa berlauk ikan bilis, telur dan sambal dengan harga RM10.50! Wah... sebungkus nasi lemak berharga RM3.50... mak aiiiii..... bukan ke nasi lemak standard bilis dan sambal tu harganya sekitar RM1.50 - RM2.50 je?
Tapi kami menyimpulkan yang mungkin makcik penjual tu tersilap kira atau kawan saya tu 'tersalah' pilih tempat membeli...nasibla...

[sigh]...terkadang kesian pula dengan nasib rakyat negeri sendiri, terutamanya di Paka, Kerteh dan Kemaman (Dungun pun sama) ... mereka sangat terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Memang tempat tersebut tempat yang 'high class' kerana kawasan minyak dan berpendapatan tinggi..bahasa mudahnya kawasan orang orang kaya... TETAPI.. mereka yang berpendapatan tinggi dan orang orang kaya itu kebanyakannya adalah orang luar, bukan rakyat Terengganu, tempat tumpah darah mereka. Habis, orang Terengganu kat situ kerja apa?hm.. kebayakannya nelayan, kerja kampung, kutip kelapa, dan sebagainya...kesiankan? Kerana mereka juga terpaksa menerima impak kos sara hidup yang tinggi itu.

Maka tidak hairanlah jika suatu hari rakyat Terengganu yang sekarang masih kaya dengan senyuman akan menjadi 'selfish' dan 'materialistic'. Tag line 'senyum sokmo' mungkin sudah tidak relevan lagi pada masa itu dan gejala sosial serta kebejatan yang lain bermaharajalela tak terbendung... Nauzubillah..!!

** Dua minggu lepas kereta kawan saya dipecah masuk di hadapan hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu dalam keadaan hujan lebat yagn menderu deru..sebuah laptopnya hilang..innalillahiwainna ilaihi roojiunn..


Monday, January 20, 2014

Al 'aqlu ssalim fil jismi ssalim...

Ketika saya menulis entri ini, bahagian atas lengan, peha dan abdomen saya masih lagi merasai sakit otot...aduiii...tak boleh gelak.

Dua hari lepas saya telah selamat menjalani Ujian Kecergasan Fizikal (UKFPPL) bagi jurulatih Pendidikan Luar bagi sesi 2014 (saya pun hairan orang tak aktif macam saya boleh jadi jurulatih.. heran kan??). Proses ujian bermula dari petang Jumaat di mana sedikit taklimat dan pemeriksaan kesihatan dijalankan.
Keesokannya, pada pukul 8.30 pagi kami berkumpul di Kolej Yayasan Saad untuk menjalani ujian kecergasan. 
Sesi dimulakan dengan 'warming up'. 
Ujian pertama adalah tekan tubi 20x/minit. 
seterusnya bangkit tubi 25x/minit
selepas itu pikul beban min 50kg @ bersamaan berat badan 50 meter
larian 2.4KM dalam masa 25 minit
dan akhirnya renang 200 m dalam masa tujuh minit.

dan seperti dijangka,
saya yang kurang beriadah ini hanya mampu buat seadanya
tekan tubi 17x/minit ..(tahun lepas 20x)
bangkit tubi 20x/minit (tahun lepas 23x)
pikul beban - berjaya!! (tahun lepas pun berjaya)
larian 2.4KM - 23.52minit ---berjaya la jugak kan!! (tahun lepas 21minit).. saya hanya berjalan laju. [tak suka berlari, kecuali kalau dikejar anjing]
renang - saya hanya mampu 50M sahaja. itupun dengan bergayut pada dinding kolam.. huhuhu.. kami digelak-gelakkan kerana menjadi pencuci dinding kolam! Hampess!! (Pada masa tu dalam hati memang berkobar kobar nak belajar renang la lepas nih)

Syabas kepada semua yang berjaya dengan cemerlang. Saya memang kagum dengan anda. haish.. kalaulah saya pun rajin bersenam....[sigh]

Apa apa pun selepas selesai ujian sempat lagi saya dan Lin menjamu perut dan mata di Aeon.. hehe.. 

Balik rumah rendam baju. Bila dah malam, baru rasa letih dan terus tidur.

Esoknya, masa nak bangun pagi... aiyakkk!! habis sakit satu badan... tetiba rasa macam makcik tua 90 tahun. 
Hari ni pun sakit lagi... seksanya mahu angkat kaki panjat anak tangga nak ke kelas...T_T

Pesanan makcik kepada anak anak muda sekalian, bersenamlah! jangan malas malas macam makcik, okes?

Sepatutnya ada banyak gambar menarik boleh di 'snap'. (sebab bukan saya sorang je yang tetiba berubah jadi makcik 90 tahun kat situ.. kihkihkih). tetapi semasa aktiviti semua barang saya simpan dalam kereta.. jadi tiadalah gambar yang mengujakan untuk di tempek di sini. sekian.

Majulah sukan untuk negara!! ngeee...

Friday, January 17, 2014

Kawan kawan mengikut jenis darah

oh, patutla saya kurang faham kalau orang cakap berkias kias....haha
err.. .buleh caya ke nih??

pape hal pun, selamat bertartil Al Kahfi di pagi Jumaat yang mulia ini...)

Thursday, January 16, 2014

Penyakit Ain...oh em jiy!! [translation: oh ya Allah...!]

Asyik sungguh puteri berdandan
hendak bertemu rakyat jelata
cantik sungguh parasnya tuan
tidak jemu dipandang mata

cantik sungguh parasnya tuan
tidak jemu dipandang mata
berhati hati dengan pujian
terkena ain tanpa sengaja
Buruk padahnya

Penyakit Ain. Cantik nama penyakit ni. Masya Allah... apa tu?

Penyakit ain adalah penyakit yang boleh datang akibat dari perasaan takjub seseorang atau makhluk atau ciptaan Allah  terhadap sesuatu makhluk atau ciptaan Allah yang lain.

Jelas tak?

Maksudnya adalah jika kita merasa sangat kagum dan takjub dengan sesuatu kejadian seperti terpesona melihat perempuan yang teramat cantik, lelaki yang super hensem, bayi yang comel dan keletah, atau melihat rumah kawan kawan yang besar dan cantik macam istana, lantas kita menyatakan kekaguman terhadap perkara itu.. maka penyakit ain boleh datang menyerang si penerima perasaan kagum kita itu.. nauzubillahiminzalik!

Sebab itulah, setiap pernyataan kekaguman kita ke atas sesuatu perkara atau objek itu haruslah disertai dengan perkataan 'subhanallah' atau 'masya Allah'. contohnya..:

"Subhanallah.. cantiknya kain ni..!"
atau
"Masya Allah... bulatnya mata baby ni..."
atau
"wow.. bestnya kek ni!.. subhanallah.."

Maknanya kita mengembalikan pernyataan kagum dan takjub kita kepada Allah semula.

Jika si pemuji lupa untuk mengucapkan pujian kepada Allah selepas memuji sesuatu, maka kita atau si penerima pujian yang berada di situ harus mengingatkan. 

Di Malaysia jarang kita mendengar pernyataan pujian diirinigi dengan pujian kepada Allah. Biasanya penerima pujian akan mengucapkan terima kasih kepada si pemuji kerana memuji. Tetapi di negara-negara Timur Tengah, perkataan 'masya Allah' dan 'subhanallah' sentiasa meniti di bibir bibir mereka. 

Malah cerita seorang rakan, suatu hari dia memuji kasut tumit tinggi sekretari bosnya yang cantik. Cepat cepat sekretari itu berkata kepadanya :"say masyaAllah!" .
Di hari lain pula dia memuji seorang rakan sekerjanya kerana membeli kereta baru, bersungguh sungguh rakan sekerjanya itu membaca surah al Falaq di depannya!
Begitu takut sekali mereka kepada penyakit ain ini.

Semoga kita juga dikurniakan ingatan oleh Allah untuk sentiasa menyebut 'subhanallah' atau 'masya Allah' ketika ingin meluahkan pujian ke atas sesuatu perkara, dan semoga orang yang memuji kita pun tidak lupa untuk mengungkapkan 'subhanallah' atau 'masya Allah' ketika memuji kita.. insyaAllah akan terhindar dari penyakit ain ini.  
Sesungguhnya segala sesuatu itu adalah milik Allah dan Allah lah yang berhak menerima segala pujian....

Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad).

Jom beristiqamah!


Wednesday, January 15, 2014

Maulidul Rasul 1435H.

Assalamualaikum

Agak terlewat mengucapkan salam Maulidul Rasul, sempena meraikan hari kelahiran Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Khatamul anbiya'.
Teringat masa sekolah rendah dahulu setiap kali tiba hari maulid, pasti akan ada perarakan dari sekolah ke masjid kampung yang berjarak kurang lima kilometer. Beramai ramai dari darjah satu hingga darjah enam, bawa sepanduk dan bersalawat sepanjang jalan, suatu yang sangat mengujakan, walaupun matahari panas membahang atas kepala. Apatah lagi sudah tahu bila tiba di masjid nanti akan dijamu dengan nasi kawah dan gulai lembu! Memang seronok kuasa lapan!!
Semakin meningkat remaja, bersekolah menengah, perarakan hanya diwakili segelintir pelajar terpilih, berarak di stadium, pergi dengan bas dan pulang dengan bas. Kebiasaannya hanay pelajar lelaki yang terlibat. Pelajar lain hanya mendengar ceramah maulid dan bersalawat di musolla sahaja.
Meningkat umur, zaman universiti, maulid disambut dan diingati kerana cuti. Bermakna tiada kelas. Bermakna rehat. Berarak? Selawat? Err.. tepuk dada tanya iman. Tiada paksaan, dan tiada halangan. Lebih kepada bersifat terbuka, ceramah ada, bergantung kepada kita untuk hadir atau tidak. Kebanayakan masa, yang hadir majkis sebegitu adalah dari kalangan jurusan BAR, IRKH ataupun sesekali HS atau LAWs atau jurusan jurusan lain juga, bergantung kepada kelapangan masa masing masing.
Menginjak alam bekerja, suasana maulid terus hilang, berada di rumah sewa di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur, apa yang ada di fikiran adalah bagaiman mahu survive. Hidup seperti burung, keluar pagi pulang rembang, hari pun terkadang lupa, apatah lagi sambutan sambutan perayaan sebegini. Nasibla bekalan ketika sekolah masih kuat, selawat dan zikir jugalah sesudah solat wajib lima waktu... (hehe ber throwback la pulak kannn...)
Alhamdulillah, rezeki kurnia Allah semakin baik, berada di tempat kerja yang sentiasa mengingatkan tentang agama, sambutan maulid dirayakan dengan sempurna. Persiapan sambutan diwarwarkan seawalnya. Ada ceramah dan perarakan selawat. Tiada makan gulai lembu, tapi itu bukan la yang utama.. Alhamdulillah, semoga setiap amal perbuatan dikira sebagai ganjaran pahala bekal di sana nanti.. aamiinn.

Marilah kita berselawat bersama sama

Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wasohbihi wasallam

 Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

Saturday, January 4, 2014

Coretan untuk Kamu




Lama aku termenung
Di hadapan pintu agam yang tertutup itu
Mungkinkah akan terbuka
Menggamit aku ke dalamnya?

Lelah aku menunggu
Pintu itu terus tertutup
Baru aku menyedari
Pintu itu berpateri besi waja
Mana mungkin bisa terbuka
Longlai aku menjauh
Dengan hati yang memberat
Membawa sengsara yang sarat

Sebetulnya aku tidaklah terlalu berharap
Namun tidak dapat juga menghalang rasa kecewa
Dari menusuk kejam ke hati
Aku juga manusia
ihsan Google
Yang bermimpi dan berangan
Terkadang terlalu menjulang
Dengan kudrat aku cuba meneyedarkan diri
Bangkit berdiri dalam realiti

Degup dan detak jantungku berbunyi
Seolah memberitahu
Pintu hatiku juga
Bakalan tertutup nanti



Have a good weekend everyone!!