Wednesday, January 15, 2014

Maulidul Rasul 1435H.

Assalamualaikum

Agak terlewat mengucapkan salam Maulidul Rasul, sempena meraikan hari kelahiran Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Khatamul anbiya'.
Teringat masa sekolah rendah dahulu setiap kali tiba hari maulid, pasti akan ada perarakan dari sekolah ke masjid kampung yang berjarak kurang lima kilometer. Beramai ramai dari darjah satu hingga darjah enam, bawa sepanduk dan bersalawat sepanjang jalan, suatu yang sangat mengujakan, walaupun matahari panas membahang atas kepala. Apatah lagi sudah tahu bila tiba di masjid nanti akan dijamu dengan nasi kawah dan gulai lembu! Memang seronok kuasa lapan!!
Semakin meningkat remaja, bersekolah menengah, perarakan hanya diwakili segelintir pelajar terpilih, berarak di stadium, pergi dengan bas dan pulang dengan bas. Kebiasaannya hanay pelajar lelaki yang terlibat. Pelajar lain hanya mendengar ceramah maulid dan bersalawat di musolla sahaja.
Meningkat umur, zaman universiti, maulid disambut dan diingati kerana cuti. Bermakna tiada kelas. Bermakna rehat. Berarak? Selawat? Err.. tepuk dada tanya iman. Tiada paksaan, dan tiada halangan. Lebih kepada bersifat terbuka, ceramah ada, bergantung kepada kita untuk hadir atau tidak. Kebanayakan masa, yang hadir majkis sebegitu adalah dari kalangan jurusan BAR, IRKH ataupun sesekali HS atau LAWs atau jurusan jurusan lain juga, bergantung kepada kelapangan masa masing masing.
Menginjak alam bekerja, suasana maulid terus hilang, berada di rumah sewa di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur, apa yang ada di fikiran adalah bagaiman mahu survive. Hidup seperti burung, keluar pagi pulang rembang, hari pun terkadang lupa, apatah lagi sambutan sambutan perayaan sebegini. Nasibla bekalan ketika sekolah masih kuat, selawat dan zikir jugalah sesudah solat wajib lima waktu... (hehe ber throwback la pulak kannn...)
Alhamdulillah, rezeki kurnia Allah semakin baik, berada di tempat kerja yang sentiasa mengingatkan tentang agama, sambutan maulid dirayakan dengan sempurna. Persiapan sambutan diwarwarkan seawalnya. Ada ceramah dan perarakan selawat. Tiada makan gulai lembu, tapi itu bukan la yang utama.. Alhamdulillah, semoga setiap amal perbuatan dikira sebagai ganjaran pahala bekal di sana nanti.. aamiinn.

Marilah kita berselawat bersama sama

Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wasohbihi wasallam

 Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

No comments:

Post a Comment