Thursday, January 2, 2014

Muka intelek

"Eh you cikgu, eh?", saya terdengar uncle itu mengajukan soalan kepada adik. 
"Ah..? Eh taklah, kenapa uncle tanya macam tu?", adik saya bertanya kembali.
"Muka you dua orang nampak intelek", jawab uncle tadi

(cikgu bermuka intelek kah? baru saya tauu....)

Muka intelek?

Kalau orang kata muka nampak muda, dah biasa...
Muka macam budak sekolah, dah biasa...
Muka macam orang kampung, pun dah biasa...
Muka intelek? Tak pernah lagi...

Masuk kereta semua pakat telek muka masing masing sambil gelak gelak..

Muka intelek?? Kih kih kih...

**Cerita 31 Disember 2013.

Setahun di bumi Hang Tuah ni, macam macam pengalaman saya kutip. Don't be a stagnant water.

No comments:

Post a Comment