Sunday, March 27, 2011

Petanque

Assalamualaikum

Jadi, saya telah mencuba permainan Petanque. Saya malah telah menyertai kejohanan Petanque anjuran JHEAT.

Tidak saya sangka permainan ini rupanya agak menyeronokkan dan mudah. Ya, memang permainan ini adalah untuk kaum yang veteran, yang sudah tidak berdaya untuk malakukan aksi smash atau somersault berpusing..hehe..

Namun. setelah bermain untuk 3 jam, saya sudah merasakan pengumpulan asid laktik pada bahagian lutut dan paha. Aduh, sungguh seksa ketika mahu sujud tatkala solat.

Apa-apa pun, untuk pemain amatur seperti saya dan adik, yang tidak sempat untuk berlatih, kemenangan keatas SMA Al-Falah untuk pusingan pertama amat mengujakan!

Disini ada sedikit gambar kenangan bermain petanque di Padang Majlis Daerah Dungun yang berlangsung 25-26 Mac baru baru ini..:)









Wednesday, March 23, 2011

m.a.k.a.n

Assalamualaikum

Makan. Akhir-akhir ini saya sangat kuat makan. kenapa ya? saya baru je lepas makan dua biji buah mempelam..err..sebnrnya saya hanya mahu mkn sebiji shj tetapi akhirnya tanpa disedari saya sudah menghabiskan sepinggan dua biji buah mempelam yang lemak manis enak berkrim itu, kemudian saya makan nasi, kemudian saya makan biskut jagung dengan jem strawberi yang lazat, wah...dan ya segelas susu. Dan lagi saya membuka tudung saji mencubit ikan goreng yg rangup! Fuhh..sungguh mengagumkan. Adik saya hanya menggelengkan kepala melihat selera gajah saya. haha..

Saya selalu jugak terfikir, adakah makann yg saya mkn itu benar2 memberi khasiat utk tubuh badan saya? ye la kan, semakin bertambah usia semakin mudah ditimpa penyakit. itu fakta yang tidak dapat disangkal. imun dalam badan semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. jadi saya harus sentiasa menjaga kesihatan. org kata kebanykan penyakit dtg melalui maknn. persoalannya adakah saya menjaga pemakann saya?

Sebenarnya saya selalu ingin mempunyai jadual pemakann seimbang. seperti mempunyai data kiraan kalori bagi setiap mknn yg saya ambil. tapi itu hanya tingal harapan. agaknya saya ini tergolong dalam golongan "hopeful diet". Berangan je nak diet seimbang tapi tu lah, hanya tinggal angan2.

Realitinya, saya makan bila saya mahu makan. Saya makan bila ada kesempatan untuk makan. Saya selalu skip sarapan. Biasa sarapan saya adalah gabungan makan tengah hari. Pukul 10 pagi. ataupun trus gabungan tengah hari dan malam. Dan saya akhirnya dapat gastrik.

Huhu..tragis. sekarang saya jadi kuat makan. baru makan 2 jam lepas sudah terasa lapar semula. Tapi member saya cakap, lebih baik berselera makan dari tiada selera makan. bila di fikirin, betul juga. hehehe..

So, bersyukurlah selagi kita diberi nikmat menikmati mknn dan berpeluang utk makan. Bon appetite!

Saya berhenti menulis ketika aiskrim Wall's Cornetto Mixed Barry Royale saya sudah mula mencair.

Saturday, March 19, 2011

OMG!!

Assalamualaikum

Tgh hari. Rasa mcm nak termuntah. Bukan sebab demam, atau sakit kepala, atau pening atau apa-apa yg berkaitan dengan masalah kesihatan. Tetapi kerana berdebar. Berdebar tentang dua perkara; 1. keputusan SPM akan keluar 23hb Mac ini. Ya, tiga hari lagi! Fuh, rasa macam nak tercabut jantung memikirkan apakah warna yg mewakili usaha-usaha murni saya sepanjang tahun 2010 kepada pelajar tingkatan 5. Adakah warna pelangi yang cemerlang atau sekadar warna biru tua yg pudar atau warna hitam legam yang likat? Saya amat berharap agar warna pelangi bakal menjelma...insyaAllah...

Sebab ke2. Berdebar menunggu tarikh temuduga PPP. Owh..rasa mual mula menjelma. Tidak sabar, seronok dan bimbang, bergaul dan membuak buak. hampir mengeluarkan anlene yang diminum pagi tadi. Ok, mungkin saya sedikit berlebih di sini, saya tidak mendapat panggilan temuduga lagi. Tapi ramai antara kawan-kawan sudah dapat, petanda yang saya juga akan dapat tidak lama lagi. Jadi saya sudah merasa debaran itu sekarang, boleh? Dan saya amat trauma memikirkan sesi temuduga..huhu

Oh sesi persekolahan akan bermula esok pagi...Malasnya!!!

Saya berhenti menulis ketika jam menunjukkan pukul 12.20 t/hari

Thursday, March 17, 2011

Impian

Assalamualaikum

Petang. Malam tadi sebelum tidur saya sempat berangan-angan untuk memulakan semula impian yang tidak tersampai sekitar 2007 dahulu. Masters. Saya terfikir mahu buat masters.
Mungkin tempatnya dekat sahaja, UMT, tak pun UiTM. Dalam negeri. Kos? Bidang kerja saya.
Hari ini saya melihat gambar yg diupload oleh seorang teman yang baru menjejakkan kaki ke Auckland utk menyanbung PhD nye. Syoknya melihat gambar-gambar yg dirakam. Bestnya kalau saya dapat buat PhD juga.
Jadi, bila?

Saya berhenti menulis ketika saya baru teringat yang saya belum memasak nasi. hehe...

Wednesday, March 16, 2011

sisi hitam telefon bimbit

Assalamualaikum

Petang. hari ini hujan lagi.krisis di Jepun, krisis di Timur Tengah dan ini berita yang lagi hampir dengan kita..Telefon bimbit boleh rosakkan sperma, mati pucuk.

CAP Pulau Pinang mendakwa penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan kerosakan sperma dan mati pucuk (tentulah bagi lelaki).
Radiasi elektromagnetik atau haba yang dihasilkan oleh telefon bimbit yg diletakkan di dalam poket seluar serta penggunaan melebihi 4 jam sehari mendedahkan pengguna kepada bahaya risiko kehilangan bakal pewaris sempurna kelak.

Jika benar, maka ini adalah salah satu sisi hitam kemajuan teknologi telekomunikasi.
Dan agaknya, berapa ramai antara kita yang menggunakan telefon bimbit kurang dari empat jam sehari? dan menyimpannya selain di dalam poket? sukar. kerana itulah rutin seharian kehidupan.

Mungkin kita tidak dapat menyekat penggunaan telefon bimbit. tetapi kita boleh megubah cara penggunaan dan pengurusan telefon bimbit. siap ada idea?

p/s:tahniah kpd Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya mengalahkan super Dan! (nampaknya sudah tidak super lagi)

saya berhenti menulis ketika nada getaran dan 'one message received' terpapar di skrin telefon bimbit saya.

Tuesday, March 15, 2011

care

salam sejahtera

Lima hari ini saya mengikuti tragedi tsunami yg melanda negara jepun. sungguh tragik. sebuah negara maju ranap dalam sekelip mata. kelihatan seolah olah tiada tempat yang tidak terjejas. negara kuasa besar ekonomi sedang menderita. Jutaan penduduknya menderita. dilanda musibah ketika musim sejuk. terputus bekalan untuk kelangsungan hidup seharian. sungguh suatu situasi yang sukar.

sama samalah berdoa agar Malaysia jauh dari musibah sebegini dan seumpamanya.

apa khabar agaknya kawan kawan saya di sana? doa saya semoga mereka semua sentiasa selamat dan dilindungi Nya.

kepada sesiapa yang berkemampuan bolehlah menderma di atas nama 'Tabung Bencana NSTP-Media Prima' kepada akaun Maybank bernombor: 5-14105-32075-7

saya berhenti menulis ketika hari baru bakal menjelang lagi tiga minit.

misi tat telur

salam sejahtera,

hari ini saya telah berjaya menjalankan satu misi. mencuba resepi baru. tat telur - oh janganlah buat muka seperti sedang menahan ketawa sebegitu..saya tahu sebenarnya resepi itu sudah lama (ya kerana tiada orang yg tidak pernah makan tat telur) tetapi saya masih belum mencuba. selama ini hanya makan yang dibeli di kedai atau di kantin sekolah (sebenarnya saya lebih suka beli di kantin sekolah kerana harganya hanya 50sen sebiji, hihi..[abaikan tentang rasanya])
jadi hari ini saya merasa amat teruja sekali (walaupun ada perasaan bimbang resepi yg diambil dari internet tidak menjadi). menyediakan ramuan ramuan yag diperlukan, saya ke pekan Kuala Berang. Mencari telur dan mentega serta esen vanila. oh oh..juga acuan tat telur!
operasi dimulakan pukul 3.30 petang. hmm..oven telah lama tidak dijenguk (kali terakhir ketika panaskan satay..bila ye kali terakhir beli satay? sudah lupa!)
jadi kena bersihkan oven dulu walaupun oven sudah bersih..:-)
jadi, hasil kerja dapur saya adalah seperti gambarajah di bawah.



oo..berhenti!! gambar kadang kadang gagal menjadi hakim yang baik. mungkin rupanya bukan seperti yang dipamerkan di dalam almari kaca di kedai kek dan roti, tetapi rasanya lagi best dari yang di beli dari kedai kek dan roti. pastrinya rangup dan kurang manis serta tiada rasa muak marjerin. fillingnya lembut dan enak..sungguh! ini adalah testimoni dari anak sedara dan adik saya (tak tau lah jika mereka sekaar mau mengambil hati) tapi ianya amat berbaloi kerana semua org menyukainya.

sungguh berterima kasih kepada myresepi.net kerana resepi diambil dari situ, walaupun saya ada melakukan beberapa perubahan pada resepi asal.

ini resepi tat telur yg aaya buat hari ini.

Bahan-bahan ( 30 keping )
PASTRY
• 250g butter
• 30g gula -ikut suka nak letak ke tak
• 2-3 cawan tepung gandum cap sauh (hehe) diayak
• 1biji telur
• 1/2 sudu kecil esen vanila

FILLING :
• 1 cawan susu cair
• 4 biji telur
• 1 susu pekat
• 1 1/2 sudu besar tepung kastard
• 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
1.Pukul butter dan gula sampai kembang.
2.Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3.Masukkan tepung sampai jadi doh.
4.Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
kalo doh tu lembik, tekapkan dengan tangan kedalam acuan tat.
5.Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6.Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7.Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Alhamdulillah menjadi. jika tidak sudah pasti menjadi rezeki sang kambing di luar sana..;p

saya berhenti menulis ketika TV3 menyiarkan berita tentang kesan bencana tsunami di Jepun.

Monday, March 14, 2011

saya suka mauve

salam sejahtera,

ini adalah entry ketiga saya hari ini (waktu sekarang ialah 11.56 malam). sungguh hebat, saya dapat menulis 3 entry dalam satu hari..(w/pun ada yg berkata entry ini adalah yg hentahapehape)..ngeh3~

dari tadi saya sedang mengupdate blog ini. adjust background, setting, design dan seumpamanya. setelah berpuashati, saya melakukan preview. nyata warna pink dan purple begitu mendominasi. mauve seakan akan bunga senduduk. cantik!

memang, saya sukakan warna itu..:-)

saya berhenti menulis ketika jam di laptop menunjukkan pukul 12.00 tgh malam.

si K

Salam sejahtera,

Maghrib tadi ada kegemparan berlaku di bilik air. dua ekor katak pisang dilihat sedang berenang-renang di dalam kolah. ya, 2 ekor. ini menyebabkan kakak saya menangguhkan niatnya untuk mandi. untungnya saya tidak mempunyai apa apa urusan di bilik kecil itu pada waktu itu. tidak dapat dibayangkan jika saya yang berada di situ waktu itu!!!

sebetulnya si katak (selepas ini hanya di rujuk sbg si K)itu sudah datang menjengah malam tadi. dalam pukul sembilan kurang lebih, si K datang membuat 'site visit' pertamanya. ketika itu disaksikan oleh adik saya yang kebetulan mandi agak lewat. untungnya si K pandai keluar sendiri melalui lubang angin.
ingatkan cerita si K dusah tamat....
Rupanaya malam ini si K datang membawa teman! sangat enak berenang- renang di dalam kolah yang hampir melimpah airnya. cuba dihalau oleh Pok Jala (itupun setelah mc Dayang bising mengganggu konsentrasinya terhadap rancangan TV). malangnya si K dan membernya lebih terer. menggunakan teknik pernafasan yang canggih, mereka melekap kuat pada dasar kolah dan gagal di keluarkan. akhirnya berjaya dikeluarkan oleh Nas.air kolah yang penuh dibuang oleh mc dayang dan ibu.
hahaha..
Nampakya si K amat meminati kolah di bilik air kami. tidak sampai dua jam dia dihalau, kelibatnya kelihatan lagi didalam kolah! sedang enak bersukaria bersama membernya. air kolah baru sahaja diganti baru. emak sangat hangin! kali ini ayah terpaksa campur tangan. si K bejaya di halau...
harapnya itulah kali terakhir si K ataupun member2nya datang menziarah kami.
oh. mata saya pasti lebih alert ketika di bilik air slepas ini.

saya berhenti menulis ketika seekor kumbang hitam (kabo tahi ayam) sedang melakukan percubaan untuk menembusi tingkap nako yg tertutup di bilik saya.

sarapan pagi

salam sejahtera,

Pagi ini (bukan pagi sgt pun sebenarnya, sbb jam sudah 11.45 ketika itu) saya bersarapan dengan buah mempelam yang bertimbun di dapur dan sepinggan pulut kelapa. Memang sekarang musim buah mempelam, jadi boleh beli mempelam rm2/kg. sungguh best. Empat biji dalam satu pinggan makan tiga orang. mempelam yang sungguh manis. sangat enak. makan dengan mak dan ayah.

pulut kelapa makan dengan sambal bilis campur petai. fuhh..ade sekerat ikan goreng bawah saji. owh, sepatutnya perlu mkn dengan nyior gaul sedikit garam, tp saya lebih gemar makan pulut kosong.
sebab buah mempelam itu sungguh sedap, mata saya tidak lepas memerhati pinggan mempelam walaupun mulut sedang mengunyah pulut. hehe..sungguh gelojoh. bukan, sebenrnya saya sedang berfikir untuk makan pulut berserta mempelam. bestkah? saya sudah biasa makan durian dgn pulut, tetapi belum pernah mencuba mempelam dengan pulut.
ya, saya ada terlihat satu rancangan masakan di tv satu waktu dulu, menyediakan resepi dessert mempelam dan pulut. sungguh menarik, warna keemasan mempelam menambahkan kesejatian warna putih pulut..sungguh mampu mencairkan liur. fuhh!
tp, nanti! bukankah ada siraman santan? ya, perlu ada santan. oh...
ah..oke saja, ini bukan untuk rancangan masakan, saya hanya mahu tahu bagaimana rasanya mempelam dan pulut yang teradun didalam mulut.
urh! saya sudah mencuba! amat enak sekali!:-D
tak perlu santan.
suapan pulut mempelam sambal bilis petai dan ikan goreng = sarapan pagi saya hari ini.
cubalah jika mahukan kelainan...;)

saya berhenti menulis ketika inspektor maori sedang beraksi di saluran 611.

Sunday, March 13, 2011

hari ahad yang indah

salam sejahtera

hari ini saya terbangun oleh satu panggilan telefonu (uhhh! gangguan teknologi!) so slps berdehem-dehem 2 3 kali br saya angkat panggilan itu..(cover beb!)Cik Din penjaga makmal nak kunci bilik sumber yg saya pinjam untuk program malam tadi. dengan mata yg separuh terbuka saya megirimkan kunci itu kepada student yg kebetulan nk pegi ke kelas.
owh..sudah tidak hujan. burung-burung pun berkicau. walaupun matahari macam segan2 lagi nak keluar dari balik awan. hari yang ceria! rasa macam nak tulis blog. fikir saya dalam hati.
jadi selepas minum segelas susu berperisa coklat, saya pun membuka laptop. mau tulis blog, mahu tulis blog, ketika mata sedang menonton rewind So You Think You Can Dance.
Dan saya seperti 'what?' ketika melihat entry saya yang terakhir adalah tahun lepas. what? owh saya memang sudah lama tidak mengupdate blog. sudah bersawang. di tingkap sudah penuh tahi burung yang sudah kering dan berkarat. debu melekat di cermin dan dinding.
jadi saya menekan suiz off pada alat kawalan jauh astro. mata mesti hanya fokus pada skrin laptop sahaja. MAU TULIS BLOG! ayat yg ada dlm kepala saya (agaknya perlu di tulis dengan font besar dan di boldkan juga, baru nampak kesungguhan).
dan saya boleh mengadap laptop ini agak lama hari ini kerana beberapa faktor;
1. hari ini adalah hari ahad. (so?)
2. hari ahad ini adalah hari cuti, kerana ini adalah minggu cuti.
3. walaupun hari cuti, saya masih ada kem yang perlu dihadiri.
4. kem saya sudah selesai mlm tadi. jadi hari ini saya free...hehehe
hmm...
saya selalu berfikir untuk menjadikan blog ini sebuah tempat yang selesa. mahu seprti sebuah tempat yg kaki akan melangkah tanpa disedari. mahu seperti ada sifat telus dan tulus. kadang kadang saya mahukan ia menjadi sebuah tempat yg privasi. tempat yang saya boleh meluahkan buah fikiran, pendapat, isi hati dan perasaan tanpa ada sekatan. ataupun tempat yg saya boleh duduk berlama lama hanya termenung dan merenung. seperti pada zaman matriks dahulu, di atas bumbung Aisyah, tempat saya memgampai kain basuhan dan berbaring melihat awan, oh dan ada angin lembut yang membuai rambut dan baju baju yang tersidai.tempat yg ada satu perasaan aman dan tenang.
jadi di pagi hari ahad ini, saya berharap saya dapat mewujudkan perasaan tenang dan aman ketika berada di blog ini seperti mana perasaan tenang dan aman ketika saya berbaring menyilangkan tangan di bawah kepala melihat awan di atas bumbung Aisyah satu waktu dulu...;

saya berhenti menulis ketika tukang kebun sedang menghidupkan mesin rumputnya.